Rasanya agak unik namun pelik sekiranya anda baru mengenalinya. Itulah komen yang mampu aku berikan kepada makanan Bugis Mandar ini iaitu Anjoroi. Anjoroi sebenarnya adalah makanan yang cukup simple dan cara untuk menyediakannya juga simple.
Bagaimana menyediakan anjoroi?
Pertama sekali anda perlu menyediakan bahan-bahannya iaitu pisang, santan pekat dan garam.
Pisang (biarkan masak dengan kulitnya) direbus sehingga separa lembut, kalau nak lebih masak pun boleh bagi memenuhi keperluan orang tua kita yang memakai gigi palsu.
Selepas masak, pisang tadi diasingkan (dibuang) kulitnya dan isi pisang itu digaulkan bersama garam secukup rasa bersama santan pekat. Perhatian, Santan pekat itu tak perlu dimasak.
Gaul menggunakan sudu besar santan itu (kalau guna tangan pun boleh asalkan bersih) sehingga ianya sebati dengan pisang. Tanda ianya sebati dengan pisang adalah apabila lemak santan itu akan melekat di pisang dan pisang itu berwarna keputih-putihan.
Untuk lauknya pula, anda bolehlah menggunakan udang masak merah atau sos yang dimasak kering. Kalau mahu ganti dengan yang lain pun boleh, kira ianya mengikut selera anda.

Comments
Powered by Facebook Comments











mengomen sebagai tanda kehadiran..haha
nda suka pisang rebus apa pun terima kasih pasal infonya
Reply
Nur Bainun Norti reply on October 24th, 2010 6:55 PM:
resepi bagus ni…balik kg nanti buleh buat utk d jadi kan minuman petang.
Reply
Maya reply on October 24th, 2010 7:07 PM:
cuba jangan tak cuba.. memang enak ni. anytime pun buli dimakan.
Reply
Maya reply on October 24th, 2010 7:07 PM:
sama2 andy
Reply
oohh..makanan org bugis ka jugak ni..pernah makan jgk ni
tp lupa d rumah siapa.makan 3 bijik pisang pon
cukup kenyang suda nie
Reply
Maya reply on October 24th, 2010 7:05 PM:
sedap kan Lisa… sweet n sournya tu yg bikin ndak buli lupa
Reply