
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak anjing-anjing liar berkeliaran di sekitar bandar Tawau. Dulu memang ada, tapi yang ada sekarang semakin banyak, semakin liar, semakin menakutkan!. Dari mana datangnya anjing-anjing liar tersebut? Adakah ia adalah haiwan peliharaan mereka yang menetap di kawasan bandar? Ataupun ia adalah anjing yang tidak mempunyai tuan?
Selalunya anjing-anjing tidak bertuan ini sering menguasai kawasan lapang seperti padang permainan dan tong-tong sampah pada waktu pagi dan malam. Sepanjang pemerhatianku, antara port utama anjing-anjing liar ini ketika malam hari adalah berdekatan KFC Empire dan Kongfah sebelah Marco Polo Hotel manakala di siang hari, mereka membuat agenda sendiri lepak di mana-mana sahaja.
Sebenarnya aku ada kisah mengenai anjing liar ini…
Isnin lalu, semasa aku sedang membeli mee untuk sarapan pagi, tiba-tiba kelihatan seorang ibu bersama babynya berlari sambil teriak ketakutan. Aku lihat ada seekor anjing di belakangnya dan sepantas kilat, seorang pemandu bas membaling satu objek bagi menakutkan anjing itu. Anjing itu lari entah ke mana dan tumpuanku hanyalah pada sang ibu dan babynya itu.
Aku mula berfikir, kalaulah semasa ibu itu berlari dan terjatuh tadi, apakah yang bakal berlaku kepadanya dan anaknya, yang ku kira baru berapa bulan…
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






junaidi
Apr 22. 2009
mmg truk….
anjing2 ni d gelar anjing bandar… anjing d zaman moden… hehehe…
junaidi’s Terkini di blog…Window XP kelihatan seperti Window Vista
Reply
dOn
Apr 22. 2009
haha… MPT teda peluru mo menimbak anjing2x nieeh…
dOn’s Terkini di blog…Kebuntuan?
Reply
The Reporter
Apr 22. 2009
Entri yang sangat menarik ! Betul cakap mu Maya… Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan kerana isu ini bukan baru disuarakan…
Jangan tunggu berlakunya sesuatu yang tidak diingini baru mahu ambil tindakan.
Apapun, syabas di atas entri yang sangat menarik ini.
Diharapkan pihak2 yang berkenaan akan sedar tanggungjawab mereka…
The Reporter’s Terkini di blog…Penganjuran Pesta Regatta Lepa Wajar Dipertingkatkan
Reply
Maya reply on April 23rd, 2009 6:38 PM:
Thanks.
Semoga ada lagi rakan2 lain di luar sana yang menyambung kisah anjing2 liar di Tawau ni kerana isu sebegini perlu diketengahkan.
Reply
Adry
Apr 23. 2009
uina.. bagus ditembak anjing anjing ni… hehehe
Adry’s Terkini di blog…Kebakaran di Bandar Tawau
Reply
Maya reply on April 23rd, 2009 6:40 PM:
Tembak pelali saja, pastu lepaskan di kawasan yang sepatutnya…
Reply
Mohd Hafifi
Apr 23. 2009
kalau dibiarkan makin byk anjing2 ni..dorang membiak boleh tahan gak tu..
Mohd Hafifi’s Terkini di blog…Hadiah Untuk Lelaki
Reply
Maya reply on April 23rd, 2009 7:02 PM:
Ada gak anjing2 itu yang berpenyakit kurap, air liur pun meleleh sana sini dan tidur di kerusi awam…
Reply
Sindiket
Apr 24. 2009
Hah mmg anjing ni anjing yang berkeliaran tanpa ada tuannya.Kawasan yang sis nyatakan mmg di situlah port dorang betenggeng pagi ke malam.Heran, dak tau dr mana datangnya makhluk2 ini datang.
Kes yang sama dikejar anjing, di mana sorang perempuan lari lintang pukang masa lalu kawasan Pasar Gantung.Kasian dia, dr control ayu terpaksa lari dak pakai selipar.Nasib ada tukang sapu sempat mengasik usir ajheng!! itu.
Soalnya sapa yang bertanggungjawab untuk mengatasi anjing2 liar ini berkeliaran.Dak kesah kalau dak mengacau.Ini time jalan jak tb2 tu datang mengejar.Jabatan Haiwan? or MPT.Atau ada agensi lain?..Sapa ya?
p/s aku paling takut dengan anjing, cuma suka nampak jak.
Reply
Rawa_Rawa
Apr 26. 2009
pitik sak ba anjing2 2…
bikin rusak pemandangan tawau sak…
Reply
Bugisrockers
Apr 27. 2009
Pihak MPT perlu pantas mengatasi masalah anjing2 liar yg masih berkeliaran di bndr Tawau..tubuhkan 1 skuad khas utk menangkap anjing2 tersebut…kalo susah2 sangat,buat kempen jak utk ‘penembak tepat’atau pasukan berani mati yg guna pitik tu,hehehee….biar dorang jak yg musnahkan anjing liar tu….
Reply
diviana
May 30. 2012
hm. wow, anjing liar d belakang kereta mamy saya. greaaaaaaaaaat snap ! -.-
Reply