Sekarang ini musim cuti sekolah, musim cuti kolej, musim cuti kuliah universiti, maka ramailah remaja perantauan yang mencari ilmu di luar kota akan balik ke pangkuan keluarga. Si ibu pasti menghidangkan lauk kesukaan anaknya, si bapa tidak henti bertanya itu ini kepada anak harapannya, si anak kesukaan, terubat rindu, ceria dengan limpahan kasih sayang keluarga.
Tapi bagaimana pula jika si anak yang balik itu sudah berubah? Berubah kerana kejutan budaya, berubah kerana pergaulan salah, berubah dalamannya tanpa sedikit pun diketahui ibu bapa mereka?

Jika anak itu sudah mempunyai kekasih:
- Dia tidak akan berenggang dengan HPnya.
- Setiap masa SMS even masuk toilet sekalipun.
- Bila call masuk, pasti berlari ke satu tempat supaya orang lain tidak mahu dengar perbualannya.
- Ada pemberian special yang dia tidak mahu share dengan adik-beradiknya.
- Selalu buka laptop tengok gambar kononnya rakan satu kampus.
- Dalam laptop ada folder dikunci.
Jika anak terlibat dengan jenayah:
- Suka berdiam,
- Mampu memiliki barangan di luar kemampuan seorang siswa/siswi,
- Cemas bila cerita pasal polis, penjara, mahkamah.
Jika anak terlibat dalam hubungan seks luar tabi’e:
- Penampilan berdandan berubah,
- Tutur kata tidak sopan,
- Suka berkurung dalam bilik,
- Dalam laptop pasti ada video porno.
Jika anak itu dibela sugar daddy:
- Dalam masa tertentu pasti akan bergayut lama dengan suara manja-manja,
- Perangai gedik-gedik (celledak),
- Tidak pernah kisah pasal kewangan,
- Barang mewah-mewah,
- Tidak bergaul dengan rakan baik satu sekolah dulu,
- Tiba-tiba mahu balik awal dengan alasan tidak masuk akal.
Jika anak normal yang balik ke pangkuan keluarga:
- Bangun tidur jam 10 ke atas,
- Makan berselera tidak mengira lauk,
- Ambil berat dengan adik-adik,
- Bila cerita pasal kampus, semua dicerita, terutama humor things.
Bagi ibu bapa yang kini settle down di Tawau, yang sudah berasa puas merantau di kota asing dalam atau luar negara, perubahan sikap anak pasti cepat dihidu. Bak kata bidalan, sekilas air berkocak, sudah tahu jantan betinanya. Anak yang sebegini sememangnya memerlukan didikan dan pengajaran menggunakan pendekatan psikologi dan perlu diatasi dengan segera.
Comments
Powered by Facebook Comments









wah cantik lah……..
tahniah kepada creator web ni n story kat atas….
sumanya betul n ble nampak….
thanks 4 all the infomation…
letak g la berita2 hot pasal tawau ni…….
hehhehehehe
Reply
Maya reply on December 8th, 2010 11:05 AM:
ty, selalu diusahakan utk bg yg hot
Reply