
Pagi Sabtu lalu, generasi ketiga keluarga aku telah bertambah lagi seorang yang kini menjadi angka ke-11 . Adik aku telah selamat melahirkan anak lelaki yang begitu lebat rambutnya, memiliki dagu terbelah, mata yang comel. Kelahirannya sememangnya amat dinantikan kerana itu adalah anak kepada adik bungsu aku yang mengubah tradisi keluarga, berkahwin dengan jejaka pilihannya dari Semenanjung Malaysia. Kesihan adik aku juga adik ipar aku yang tidak dapat berkongsi saat menyambut bayi pertama mereka bersama-sama kerana silap ramalan kelahiran.


Kini tugasan aku setiap hari adalah mengambil gambar baby boy ini kerana hati seorang ayah di Semenanjung sana begitu gusar, begitu gembira tak terkata dan senantiasa mahu melihat perkembangan anaknya meskipun lewat email. Impiannya akan tercapai 5hb Mac ini kerana itulah tarikh sebenar yang diberikan hospital ketika melakukan scanning dan ramalan. Ah ramalanmu dusta belaka, see ada mangsa yang tersiksa… hehehe. Sabar ya dik, baby boy itu sihat2 saja, adik aku juga dijaga rapi oleh ketua Nurse di rumah ini, tidak lain tidak bukan emak aku.
Inilah barisan anak buah aku yang 8 orang ketika raya tahun lalu, penuh satu tangga… 2 orang lagi anak buah aku yang tidak ada dalam gambar adalah anak pertama abang aku yang berada di Miri, Sarawak dan seorang lagi masih baby yang belum belajar duduk.
Comments
Powered by Facebook Comments









tahniahhhh
abg aiman paling depan bah
Reply