4

Amanat Presiden MPT kepada bloggers Tawau

Terima kasih kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Ismail Mayakob, yang melihat secara positif perkembangan bloggers di Tawau
khususnya komuniti Tawau Bloggers Unity (TBU) dalam matlamatnya memberi maklumat Tawau untuk tatapan global.
Jemputan bermakna yang dikirimkan melalui SMS menjemput blogger turut serta dalam sidang media Festival Kebudayaan BIMP-EAGA 2011 di Tawau semalam itu aku sifatkan sebagai satu pengikhtirafan dan kepercayaan kepada apa yang kami lakukan selama ini.

Amanat Presiden MPT kepada bloggers Tawau.

  1. Memuji usaha bloggers Tawau yang memperkenalkan Tawau ke mata dunia dengan memperkenalkan keindahan dan prasarana yang ada di sini.
  2. Presiden sering memerhatikan dan mengikuti perkembangan isu-isu di blog-blog khususnya dari Tawau dan ianya satu perkembangan positif.
  3. Blogger perlu ada komitmen dalam memperkenalkan Tawau kerana keunikan Tawau mampu menarik pelancong asing ke sini.
  4. Bloggers Tawau hendaklah mendedahkan kebaikan dan yang tidak baik itu sila majukannya untuk dibincangkan dan diselesaikan.

Sememangnya agak sinis bila memperkatakan “dedah yang baik saja” kepada blogger kerana sifat internet itu sendiri tanpa batasan manakala sikap “tidak suka dikawal” itu ada pada diri kita sendiri.

Tapi sedarkah kita apa yang cuba disampaikannya itu sebenarnya mengandungi “isi pedas” yang jika disampaikan secara franky word lebih kurang begini… jangan tulis kelemahan kita, kalau tidak puas hati, pegi jumpa pihak yang berkenaan untuk minta penjelasan dan selesaikannya dengan aman.

Kata2 ini juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang menjadikan medium internet sebagai tempat menyebarkan maklumat yang kebiasaannya mempunyai sumber bahan yang tidak rasmi, tidak mengetahui perkara sebenar namun menyebarkannya tanpa ada sifat memperdulikan apa impaknya di belakang hari.

Bolehkah anda kisahkan kopi sedangkan anda tidak pernah kenal atau minum kopi? Berkesankan anda ketengahkan isu minyak masak naik sedangkan anda sendiri tidak pernah beli minyak masak, tidak pernah tahu harga sebelumnya mahupun menjadi penjual minyak masak ataupun tahukah anda berita terkini mengenai isu itu? Dedah apa yang kita tahu atau faham… jangan main hantam semberonoh apatah lagi menyebar fitnah.

Dan bagi aku mudah, jangan hebahkan sekiranya kata-kata dari akal fikiran kita itu boleh memahamkan semua orang. Maksudnya di sini, blogger boleh sebarkan apa yang dia tidak puas hati tentang persekitarannya dengan syarat pastikan diri sendiri itu mahu bertanggungjawab atas apa yang diperkatakannya.

Telajak kereta boleh gustan, tapi bila telajak kata di blog…? Pasti ada jawab delete saja tapi kalau delete tidak akan memadam pemahaman orang yang sudah membacanya. :)

Festival Kebudayaan BIMP-EAGA 2011.
Program ini adalah program yang julungkalinya diadakan di Tawau kerana ianya melibatkan negara Brunei, Indonesia, Pilipina, negara kita sendiri Malaysia juga Singapura.

Lokasi
Perkarangan MPT pada 15 Januari 2011 (Sabtu)

Suku kaum yang terlibat dalam festival
Tidung, Cina, Murut, Penan, Lundayuh, Bajau, Bugis, India, Jawa, Toraja, Butun, Iban, Kokos, Sulug, Pakistan dan Bisaya.

Acara yang mengisi sepanjang hari festival berlangsung.

  • Pameran kebudayaan
  • Pameran kraftangan
  • Persembahan tarian kebudayaan
  • Perarakan berpakaian mengikut suku kaum
  • persembahan muzik tradisi dan nyanyian.

Majlis penutupan akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan akan diakhiri dengan pertunjukkan bunga api. Mari sama-sama memanfaatkan festival ini kerana pasti ada yang unik bakal ditemui.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Blog Tags: , , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

4 Responses to "Amanat Presiden MPT kepada bloggers Tawau"

  1. Sam Mikli says:

    Assalam alaikum

    Tuan Maya,

    Untuk amanat yang ke-4 itu, rasanya pihak MPT perlu aktif mengikuti perkembangan TBU dari masa ke semasa. Maksudnya pihak MPT perlu memberi komen berbentuk buah fikiran atau pandangan dan pendapat. TBU boleh dijadikan platform utama. Atau pun pihak MPT menyediakan saluran khas untuk para blogger Tawau sama ada yang ahli TBU atau blogger jenis Fence-Sitter, dalam menyuarakan apa yang perlu disuarakan.

    Dalam hal ini, pihak MPT atau mana-mana pihak yang sekutu dengannya perlu berfikiran terbuka apabila menerima kritikan sama ada kritikan yang membina atau yang sebaliknya. Dalam mendedahkan sesuatu “yang kurang baik,” ia tidak boleh didedah secara tertutup kerana umum apatahlagi dunia tidak akan tahu perkara yang sebenarnya sedangkan “vox veritatis non tacet” – kebenaran tidak akan berdiam diri.

    Kesan pendedahan “yang kurang baik” itu secara terbuka ialah MALU dan bakal pasti berhadapan cemuhan dan penghinaan. Tetapi pada masa yang sama, ia memberi dorongan untuk kita memperbaiki mutu dan kualiti di samping mencapai visi dan misi di masa hadapan.

    “Yang kurang baik” yang saya maksudkan ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal Tawau yang mencakupi rantaian Sosial-Politik-Ekonomi-Persekitaran Geografi dan sebagainya. Ia tidak menyentuh agenda peribadi seseorang / individu.

    Seandainya saya berada di Daerah Tawau saya akan secara sukarela membantu TBU dan MPT untuk mempromosikan Tawau secara “stealth.” Setakat ini apa yang saya boleh bantu ialah dengan cara memberikan pandangan, pendapat, kritikan, buah fikiran dan apa-apa yang bermanfaat. Apa pun kritik tidak semestinya anti, dan berbeza pendapat adalah teman berfikir yang baik.

    Sekiranya kita ada percanggahan, perselisihan, perbezaan, maka buang yang keruh ambil yang jernih. Jika tiada upaya untuk berbuat demikian, bersama-sama kita kembali kepada Al-Quran. Allah SWT telah meletakkan garis panduan yang amat bernilai di dalamnya untuk kita senantiasa mendekatkan persaudaraan.

    Adieu…

    Reply

    Maya reply on January 7th, 2011 10:29 PM:

    saya selalu beralah pada keadaan bila “dedah buruk2″ “ketawa”… adakalanya saya menyalahkan diri sendiri sbb tdk dpt “membantu” mereka.

    Reply

  2. sudir says:

    apapun Tawau need TBU… Kita anak Tawau yang sayang Tawau… yeah~~~
    sudir recently posted..Tawau nan indahMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.