11

Al-Fatihah…

Semuanya berlalu terlalu pantas dan kini hanya tinggal kenangan bersamanya. Rasanya baru semalam dia meminta bubur dan dikatakan padaku, bubur itu sedap dan menyelerakannya. Juga baru semalam, aku melihat anak-anaknya menarik nafas lega kerana itulah kali pertama mereka melihatnya seakan sihat dan bertenaga. Anak perempuannya yang begitu akrab dengannya juga mengatakan kepadaku, bahawa bubur itulah yang perlu dibawanya hari-hari ketika melawatnya.

Namun petang itu, mak dan bapaku memberi khabar pelik, namun aku teruskan juga sesi bengkel Tawau Bloggers kerana itu satu janji yang perlu ditunaikan.  Selesai acara bengkel, tiba sahaja di rumah aku bergegas mencapai apa yang patut lalu ke hospital dan segalanya berakhir selepas azan subuh. Ini pengalaman pertama untukku untuk menemaninya dan akhirnya menyaksikan pemergiannya.

Semoga pemergianmu dicucuri rahmat… Al-Fatihah.

Arwah Paharuddin Bin Darise adalah seorang sepupu yang cekal hati dan tabah menghadapi liku-liku hidupnya. Beliau seorang bapa tunggal yang membesarkan 7 orang anak setelah bercerai dengan isterinya. Kenangan yang tidak dapat aku lupakan adalah ketika aku kecil dulu, arwah selalu memberikan aku ole-ole setiap kali mengunjungi kami sekeluarga.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: Blog Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

11 Responses to "Al-Fatihah…"

  1. friendly says:

    al-fatihah…. semoga roh beliau d tempatkan dengan orang2 yang beriman… amin..

    Reply

  2. Budi says:

    alfatihah..

    Reply

  3. biscute gabeng says:

    al-fatihah

    Reply

  4. WIS says:

    AL-FATIHAH
    Semoga arwah Paharuddin Bin Darise dicucuri rahmat

    1. Bismillaahir rahmaanir rahiim.
    - Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    2. Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin.
    - Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

    3. Arrahmaanir rahiim.
    - Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    4. Maaliki yaumid diin.
    - Yang menguasai hari pembalasan.

    5. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin.
    - Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

    6. Ihdinash shiraathal mustaqiim.
    - Tunjukilah kami jalan yang lurus.

    7. Shiraathal ladziina an’amta ‘alaihim ghairil maghdhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin.
    - (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.

    Ya allah, ampunkanlah segala dosa-dosa arwah.

    Reply

  5. dann says:

    ..sebagaimana kita maklum, Allah jadikan makhluk yang bernyawa ada batasnya iaitu AJAL. ALFATIHAH…

    Reply

  6. oktant says:

    Al-Fatihah juga dari saya.

    Reply

  7. Maya says:

    Terima kasih kepada rakan2 sekalian.
    Hari ni hari saya, bila hari korang, khabarkan saja kepada saya.
    Insyaallah, sama2 kita meringankan bebanan arwah.

    Reply

  8. romzi says:

    semoga ia ditempatkan dikalangan orang2 beruntung.

    Reply

  9. Adry says:

    Innalillah wainna ilaihi rajiunn…

    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman….

    Kita yang masih hidup patut insaf akan betapa nilainya setiap masa kita dipinjamkan nyawa…

    Mak saya pun baru jerr meninggal dunia.. jd rasanya saya faham…

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.