Aku sudah kembali… Assalamualaikum.
Kembali ke mana? Ke mana lagi… berblog semula di puadede.com
Kenapa aku kembali selepas quiting sebulan lalu…
Aku sudah bagitau sebelum ini…Penutupan blog ini bukan bermakna aku akan berundur selamanya, namun adakalanya mengalah di saat ini lebih baik daripada mengalah selamanya.
Ya, nampaknya aku sudah beroleh kekuatan baru atau dalam erti kata lain, aku beroleh kemenangan dalam diam2.
Baca selanjutnya kalau mahu tau kemenangan yang aku dapat.
Kemenangan Nuffnangku
Ini sebenarnya bukanlah cek pertama yang sepatutnya aku terima. Duit dari cek2 sebelumnya sudah automatically returned to Bank Negara. Kenapa? Aku malas nak ingat, sebab hanya bikin sakit ati. Aku cuba ambil yang baik, nak blame sapa2 pun, bukannya boleh dapat balik kan duit tu… End of story, alhamdulillah, aku dapat juga earning aku yang ke-3. Earning yang ke-4 coming soon.

Kemenangan Adsenseku
Ada orang yang tak puas ati agaknya bila kita beradsense ni. Apa taknya, duit masyuk masuk setiap bulan. Kepada orang itu, ini harus kamu baca…
Akaun aku dah tak FROZEN lagi… n FYI orang macam kamu takkan pegi jauh. Tapi aku maafkan kamu…

Kemenanangan Advertletsku
Sebenarnya bukan kemenangan sebab aku dapat earning aku tapi aku menang kerana tidak akan percayakan kamu lagi. Bukan nilai yang dipandang tapi cuba perhatikan tarikh aku mula release tuntutan pembayaran aku… Yes, its May 24, 2009. Aku dah send email tanya hal ni, tapi takda balasan sehuruf pun daripada mereka… Aku menang tanpamu lagi.
5 sebab kenapa blog memerlukan program iklan internet.
- Sebab boleh tampung bayaran hosting dan domain setiap tahun.
- Sebab kita boleh menguji kemampuan kita dalam mempraktikkan SEO
- Sebab kita boleh membantu perkembangan ekonomi negara… iklan tu diklik dan dibaca, sure ada yang berminat dengan iklan itu dan berurusniaga. end of year, sure adalah juga tax yang diclaim pada pihak yang berkaitan.
- Sebab kawan kita buat, kita pun buatlah.
- Sebab paparan iklan mencantikkan paparan blog kita (Yakah? hahaha)
Oh ya, untuk kalian, aku ingin kalian tahu ada satu blog yang membincangkan tentang status halal dan haramnya bloggers bernuffnang dan seangkatannya. Silalah ke blog Hidup Biar Sedap
P/s: Innity tu bestkah?
Comments
Powered by Facebook Comments









wah… wah… wah….
bila nak blanja nih…. hehe…
.-= friendly´s last blog ..Aku Mula Mengerti, Sedar Dan Faham. =-.
Reply
innity tu cukup best tuan cuma dia punya syarat pun cukup best juga. Banyak lagi program lain buat duit di Malaysia ni spt survey versi Malaysia..
Reply