2

Aku mahu bersih indah damai

Sepanjang Jun aku diresahkan dengan kebangkitan isu Bersih 2.0 iaitu satu perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dijangkakan akan diadakan secara besar-besaran pada 9 Julai 2011 menuju ke perkarangan Istana Negara. Tujuan perhimpunan BERSIH itu adalah untuk menyerahkan memorendum 8 tuntutan BERSIH kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah supaya semua berpihak berfikir mengenai himpunan Bersih yang dirancang diadakan 9 Julai ini kerana sedikit sebanyak memberi kesan. Selepas titah di raja itu semua pihak menerima nasihat dan pandangan Yang di-Pertuan Agong itu. Aku kagum dengan jalan penyelesaian yang dilakukan ini.

Selepas itu, Kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak pula menyusul:

“Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, berhimpun secara aman dan mereka akan balik dengan aman.”

Berikut pula kata-kata Presiden Bersih:

“Pertemuan kami dengan Baginda selama hampir sejam itu berjalan dengan baik selain turut memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Kita setuju untuk mengadakan perhimpunan BERSIH ini di stadium 9 Julai ini…. tiada lagi perhimpunan jalanan seperti yang dirancang sebelum ini. Bagaimanapun lokasi stadium belum ditetapkan.

“Malah, kita juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini,”

Sememangnya akan banyak lagi rentetan suara sumbang yang berkecamuk akan didengar dari luar namun aku yakin, sebagai rakyat inilah yang kami mahukan. Keamanan dan dapat mengecapi pembangunan dengan damainya.

Sesekali terdetik juga, mampukah perhimpunan di stadium itu akan menyelesaikan isu sebenar tuntutan 8 perkara itu? Secara peribadi aku berharap reformasi yang bakal berlaku memberi sinar harapan kepada jaminan hidup dalam negara pelbagai kaum.

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Politik Tags: , , , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Aku mahu bersih indah damai"

  1. Sam Mikli says:

    Assalam alaikum

    Tuan Maya & seluruh “fellow” Puadede

    Penulis Peludah Warna itu berpendapat bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) perlu dibenarkan mengadakan perhimpunan. Saya pun berpendapat demikian. Selagi perhimpunan diadakan secara aman total.

    Cuma liabiliti yang membawa kepada Ketidak Bersihan Bersih ialah parti-parti pakatan oposisi: Pas-DAP-PKR. Seakan Bersih diperkuda oleh parti-parti politik oposisi.

    Adalah bagus sekiranya, parti-parti politik sama ada parti politik kerajaan yang memerintah mahupun oposisi tidak terlibat sama sekali dengan perhimpunan yang dianjurkan Bersih.

    Begitu juga dengan Lembaga Swadaya Masyarakat (NGO) terutamanya yang memiliki LINK dengan parti-parti politik sama ada parti politik kerajaan yang memerintah atau oposisi. Melainkan NGO neutral. Jika tidak akan wujud persepsi “oh itu proksi si A… si B… dan sebagainya.

    Perjalanan pilihanraya di Malaysia tidaklah bersih sepenuhnya yakni tiada kesilapan sama sekali. Namun saya meyakini kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menjalankan mandatnya sebagai badan bebas yang telus dari masa ke semasa.

    Oleh kerana parti kerajaan yang memerintah, UMNO/BN terlalu lama memerintah, maka wujud persepsi bahawa perjalanan pilihanraya di Malaysia telah dicatur terlebih dahulu agar sentiasa memihak kepada parti kerajaan yang memerintah. Sedangkan pada PRU-12 pakatan opossisi telah menghakis kehegomonian 2/3 parti kerajaan yang memerintah di Dewan Rakyat. Kehakisan ini menunjukkan bahawa SPR benar-benar telus.

    Pun begitu, saya, kita sekalian, Bersih juga, tidak boleh mengharapkan perjalanan pilihanraya di negara ini bersih seratus peratus, telus seratus peratus, tiada kotor seratus peratus, tiada cacat dan cela seratus peratus. Ini adalah kerana, sebagai manusia tentunya kita memiliki kelemahan dan kekhilafan. SPR pun penggeraknya manusia seperti kita-kita ini. Bersih pun juga. Malaysia pula bagaimana? Mesin digitalkah yang menggerakkannya?

    Berkenaan isu “Pengundi Hantu” yang dibangkitkan oleh Bersih, SPR sama sekali tidak tahu apa-apa siapa dan bagaimana pengundi hantu itu. Yang tahu ialah parti-parti politik sama ada parti politik kerajaan yang memerintah atau oposisi.

    Adieu…

    Reply

  2. Nuds says:

    salam

    kita tidak boleh salahkan pembangkang kerana menyertai perhimpunan bersih ini mungkin secara kebetulan agendanya sama dengan Bersih.Kalau kita berfikir secara logik dan rasional, apa yang ada dalam agenda bersih adalah betul, permintaanya simple sahaja tanpa memerlukan kos yang besar malah lebih bagus dari sistem yang ada sekarang. Persoalannya kenapa kerajaan kita tidak mempertimbangkan agenda itu? Adakah kerajaan kita sudah takut atau bacul akan kekalahan pada PRU-13? saya tidak menyokong mana-mana parti, walaupun ibubapaku penyokong BN tidak semestinya aku sokong BN.

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.