Aku Kembali Normal…

Assalamualaikum.
Aku sudah kembali normal dan berada di Tawau sepenuh masa. Tiada lagi jadual berkala atau carta graf aku berada di rumah dan tidur di katil kesayanganku. Lega segalanya sudah kembali normal tanpa berfikir sekolah mana lagi yang belum settle. Semuanya sudah settle kecuali sebuah laptop yang tahap kerosakannya amat memeritkan kerana ianya melibatkan panel litar keyboard.

Cerita pasal keyboard, aku maklum bahawa keyboard adalah antara tempat untuk kita melepaskan geram (kadang-kala) dan kalaulah keyboard itu boleh berbicara, dia akan berkata… “Aduh betapa ganasnya tuanku menggunakanku…” Itu bagi yang tekanan membuat report sekolah, tapi aku dapat menyimpulkan dari huruf-huruf yang selalunya rosak adalah huruf “T”, “S” dan “J”. Kepada sesiapa yang selalu bermain games, mereka tahulah kegunaan huruf-huruf berkenaan. Ya… laptop sekolah yang aku temui selalunya ada “hardcore games”.

Kepada warga pendidik yang berkaitan, sesiapa yang telah install games dalam laptop atau pc sekolah, sebenarnya anda telah menyalahgunakan kemudahan sekolah, kemudahan yang kerajaan berikan untuk tujuan pembelajaran sahaja… Ingat tujuan pembelajaran sahaja, bukannya untuk tujuan peribadi sehinggakan ada yang membuat editing video semasa berdating di Highway! Kalau soal movie .3gp tu, aku tutup mata sambil tekan del. Lain lagi folder-folder yang dilock atau dihiddenkan… Gila eh!

Kalau nak dicerita sepanjang aku menghilang dengan kerja-kerjaku di Semporna, terlalu banyak tu. Cukuplah di masa ini aku bagi maklum, aku sudah kembali normal dan kembali berblog macam biasa. Bagi aku recover kembali tenaga dan menormalkan kembali kulit aku yang bagai terbakar ini. Cuma aku sedih sikit, tak dapatlah aku join Sabah Bloggers Gathering 2009 kali ini. Dapat tahu ianya lebih meriah dari tahun lalu. Insyaallah, tahun depan kan ada lagi. Kepada sis angriani, tahniah dapat babygirl comel, lepas ni, adalah sudah kawan si kakak. Tak sabar nak cubit pipi babygirl tu.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Posted by Aj on 29/10/2009 at 10:03 PM

mana ada game tu maya…noton blue tu…buhahahahahahahaha

Reply

Maya reply on October 30th, 2009 9:04 AM:

Macam biasa dibuat tu kan Aj…
Maya´s last blog ..Aku Kembali Normal… My ComLuv Profile

Reply

Aj reply on November 1st, 2009 8:48 AM:

hahahahaahahahah yaaaaaa
Aj´s last blog ..It’s Very Long, Long and Long My ComLuv Profile

Reply

Posted by sankai on 30/10/2009 at 9:42 AM

ngeee..lamanya baru ada updates..

anyway, selamat kembali sis..
hehhehe…
sankai´s last blog ..Dance Mat My ComLuv Profile

Reply

Posted by romc on 31/10/2009 at 7:28 PM

:) muehehe.. ada aktiviti untuk TBU lagi kah sis. lama bahh dak buat aktiviti
romc´s last blog ..Stockphoto, Microstock My ComLuv Profile

Reply

Posted by friendly on 01/11/2009 at 12:32 PM

nah… bolehlah kita p lepak2 sudah ni…
friendly´s last blog ..Anda Bekerja Kerana Apa? My ComLuv Profile

Reply

Posted by Maya on 01/11/2009 at 8:38 PM

Bah minggu ini kita kena pergi rumah sis angriani tengok anak TBU… macam?
Maya´s last blog ..Sendiket Iklan Palsu Jabatan Penerangan Sabah. My ComLuv Profile

Reply

friendly reply on November 2nd, 2009 1:46 PM:

ok jugak tuh…..
friendly´s last blog ..Anda Bekerja Kerana Apa? My ComLuv Profile

Reply

Maya reply on November 3rd, 2009 11:21 AM:

Ditunda… sis angriani sekarang berada di KK. Bulan 12 baru dia ada di Tawau.
Maya´s last blog ..Sendiket Iklan Palsu Jabatan Penerangan Sabah. My ComLuv Profile

Reply

Aj reply on November 6th, 2009 10:11 AM:

yeahh dia di kg pasir putih, putatan
Aj´s last blog ..Silent All These Years My ComLuv Profile

Reply

Leave a response

CommentLuv Enabled