Aku dan Pasar Ikan
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Lately aku seronok dengan kegiatanku. Walaupun sepatutnya ini sudah lama aku lakukan tapi entah macam mana minat aku setiap petang pasti akan ke hulu ke hilir bertanyakan siapa yang mahu ditemankan aku ke sana.
Sebenarnya, hobi terkini aku adalah ke pasar, tak kisahlah, nak beli ikan atau pun sayur-sayuran. Bagi aku, dengan pergi ke tempat itu, aku dapat melihat lebih ramai orang dengan pelbagai ragam karenah dan yang pasti rata-rata dalam keadaan tergesa-gesa. Siapa jugalah yang ke pasar dalam keadaan santai-santai kan… semua nak cepat. Selain itu, dapatlah aku beli ikan kegemaranku, rugi jadi orang Tawau kalau tidak pandai ke pasar ikan.
Bukan apa, bila aku ke sana, aku semacam teringat banyak nostalgia lalu terutamanya kisah-kisah aku dengan mak aku bila ke bandar. Zaman-zaman 70-an dan 80-an lah kiranya, pasar ikan masa tu di atas air laut, ada jambatan panjang menghubungkannya dengan jalan raya.
Setiap kali aku ikut mak aku ke bandar, aku tidak akan masuk ke pasar ikan sebab aku tidak mahu baju aku yang kembang-kembang dan stokin aku yang kembang-kembang terkena air ikan yang hanyir. So jawabnya, aku kena jaga barang, di hujung jambatan pasar ikan walaupun terpaksa bertenggek di situ hinggalah mak aku datang semula. Pernah sekali aku diusik-usik oleh kanak-kanak penjual kompek, kerana tidak tahan aku berlari dan terjatuh di jambatan yang licin itu.
Hahaha…
Oklah nak balik, tak sabar mahu masak ikan putih resepi Bugis makku… Ada masa nanti aku akan letakkan gambar suasana pasar

Reply
Reply
Reply
sankai´s last blog ..Transformer kedua
Reply
Reply
Reply
Reply
Reply
yati2302´s last blog ..HAK PERSAHABATAN & PERSAUDARAAN
Reply
Maya reply on July 11th, 2009 10:29 AM:
kamu jugaklah diana… paling duluan aku kenal bah hehehheheMaya´s last blog ..Aku dan Pasar Ikan
Reply
amy reply on July 20th, 2009 2:40 PM:
sis mcm mana mau promosi produck ya..pls sis..sis mcm mana mau jumpa sis..actualy sy ni adik c dila ba..classmate sis time d kuara..sy betul2 mau tau mcm mana mau promosi produk d web niReply
yati2302´s last blog ..santai..
Reply
hehhehehehhee…lama udah nda ketemu ni tau
angriani´s last blog ..Kekeringan
Reply
Reply