Aku dan Konsert Sure Gegar Tawau

Aku dan Konsert Sure Gegar Tawau

<p style=”text-align: center;”>134

Aku tahu di luar sana ada rakan-rakan yang menunggu entry Konsert Sure Gegar Tawau yang mempertemukan Kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussain (MUH) dan Aizat AF5. Aku juga sebenarnya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman bersama team Tawau Bloggers Unity (TBU) sebagai Official Media Konsert Sure Gegar Tawau, tapi bebanan kerja harian, keterbasan penggunaan internet buat aku gagal mengagihkan masa.

Untuk Konsert Sure Gegar Tawau, aku ingin memperkatakan banyak perkara tetapi lebih awal lagi aku tidak mahu ada yang salah sangka ataupun cuba mengaitkan aku dengan apa-apa isu. Aku hanya mahu menyatakan apa yang deria aku terima dan tafsirkannya. Kalau aku silap, perbetulkan aku.

Apa ada pada tugasan TBU.
Mostly tugasan yang diberikan samalah seperti tugasan orang media atau syarikat yang mengendalikan perjalanan konsert. Yang ada pada TBU hanyalah semangat ingin mencuba, ingin tahu, ghairah mahu bertemu artis pun ada… Kekurangan TBU masa itu adalah kekurangan alatan dan kekurangan orang. So aku pun importlah si Mas Little Parade from Sandakan also Acok from Tawauclick yang kedua-duanya meminati indie, tidak terikat dengan sebarang masa bekerja dan mempunyai pengalaman dalam bidang gambar-menggambar. Aku dan Adry decide untuk meminjam dan menyewa kamera dari kawan-kawan dan hasilnya, TBU ada 4 buah kamera, 1 handycam dan banyak kamera handphone. Aku masih ingat Adry siap tunjuk aksi TBU yang mengambil gambar artis menggunakan HP, Oh tidakkk!… Rasanya bila dia belek-belek aksinya mengambil gambar menggunakan DSLR Nikon, dia boleh senyum berpuas hati.

Sejak hari pertama tugasan kami, aku mula setkan bahawa tugasan ini perlu dilakukan secara profesional, tiada komplen dari penganjur dan team lain dengan cara tahu apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Kesannya, sesampainya sahaja di Lapangan Terbang Tawau, Aku, Adry, Mas dan Acok tahu posisi mana yang perlu diambil. Ada posisi semasa artis keluar dari pintu ketibaan, ada yang shoot masa artis sedang sibuk mengatur barang, ada shoot reaksi artis dengan sekeliling dan juga shooting posisi atas. Acok memang cepat bertindak untuk gambar dari posisi atas, aku lihat dia berlari untuk kerja itu.  Untuk lebih banyak gambar, sila ke laman web TBU.

Untuk tugasan sidang media, mulanya aku sedikit khuatir kalau-kalau local press tidak datang. Aku pun sedia maklum sememangnya tugasan orang yang mengejar masa ini ada had batasnya apatah lagi sidang media itu dibuat di waktu petang… dateline sememangnya mengejar mereka, dan ditambah lagi masanya bertembung dengan sidang media Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, yang baru balik dari Perhimpunan Agung Umno di KL. Mujur beberapa rakan local press datang juga akhirnya dan aku seperti yang ditugaskan mengendalikannya, memperkenalkan mereka dengan pihak penganjur. Di sana jugalah barulah aku mengetahui ada juga wartawan yang memperkenalkan mereka dari Tawaukini.  Aku tidak kisah kerana sama2 mahu promote konsert sama ada melalui akhbar ataupun internet. Thanks Mr Zafrin from New Sabah Times.

FYI, Tawaukini dan TBU tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi matlamat mereka kerana kami adalah penulis alam maya di dunia siber yang inginkan Tawau berada dalam pelbagai bentuk infomasi. Bagi aku, apa pun bentuk tulisan dan corak penulisan, semuanya untuk pembangunan Tawau. Apa yang berlaku pada penulis Tawaukini yang menggunakan tiket saguhati penganjur kerana hadir dalam PC dan dikasari RELA, sememangnya satu isu yang perlu diwar-warkan tetapi ada something yang aku kurang senang hati.

Apa pun, selaku orang yang berkerjasama dengan pihak penganjur dan rakan kepada bapa buah penulis Tawaukini itu, aku mengambil jalan tengah untuk membiarkannya dan bagiku, biar masa membuktikan keadaan yang sebenar, kelak semua akan ketahuan juga. Demikian jugalah dengan kes tiket palsu itu, masa akan menentukan semua itu angkara siapa, dia takkan kaya apatah lagi untuk berpuas hati dan bahagia dengan apa yang telah orang itu lakukan. Orang yang dengki, busuk hati, tikam kawan dari belakang pasti akan ada balasannya, kalau bukan hari ini, esok2 atau mungkin pada keturunan orang itu. Orang yang post komen dan menyamar guna pelbagai nick, tapi hakikatnya dari orang yang sama pun begitu jugalah akhirnya nanti. Wei, sedarlah… Tawau ni kecil, mana pun pergi boleh jumpa jugalah. Kenapa perlu bersengketa, sedangkan kita boleh bekerjasama dengan aman demi kebaikan bersama!

Akan bersambung di Part 2

Related Posts with Thumbnails

Ditulis Oleh Maya

Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.
Categorised under Event, Slide, Tawau
Bookmark the permalink or leave a trackback.

13 Comments

  1. terus terang, aku sudah malas mau pikir apa org cakap pasal “kita”…

    biarlah mereka dengan labu-labu mereka….

    yang penting, apa yang kita buat adalah untuk diri kita jugak kan…..

    sankai’s Terkini di blog…DIY Multi Touch Computer

    Reply

    09/04/2009 @ 1:24 PM
  2. wah…. ada part 2 lagi…
    panjang betul cerita sis….

    junaidi’s Terkini di blog…Tawau PC Fair 2009

    Reply

    09/04/2009 @ 6:52 PM
  3. mulanya di awal tadi lagi ingin merespon untuk artikel ini.. Namun prasangka sebagai orang tersangka menjadikan saya Not Responding..

    Tapi takpa suma dah terungkai D ABCdefg, apa yang ter’cakap’ tadi kita buat pengajaran sekadar untuk tahu sajalah.. tak perlulah dikecohkan, kita ambillah dari sudut pandang ke Timurnya.. Oraitss!!;)

    Pasal ‘marketing’ tadi.. itu hanya idea yg mgkin boleh digembleng jika ada yang ingin menggemblengnya…Lah:)..

    Untuk part2 kalo bleh ulas flow dan vibe konsert dari mula bunyik DRUM diketuk2 sampai Pulangan, ngan crowd punya karenah dibawah stage.. sbb saya x dapat nikmatinya.. HUhu :( – tolak tepi yang (-) supaya dia punya Feel kata orang Sampurna tatap baGAGGAL jow!!!..

    Satu lagik tadi ada bendasing dalam poket seluar saya, warna biru digunapakai tuk idupkan kretek.. Siapa punya saya tak pasti. Kalo ada rasa ilang itu barang ada sama saya nnt kasi pulangkan.. Hoho.

    Reply

    Maya reply on April 11th, 2009 5:07 PM:

    Lagi senang settle kalau duduk semeja, banyak yang boleh dishare, ada pengeluarang, ada juga kemasukang.

    Bukan si acok punyakah? Kalau bukan, aku punyalah tu kan. Pakai sajalah, kira halal sudah tu.

    Reply

    09/04/2009 @ 9:50 PM
  4. ya sokong sokong…. herrmmm sebenarnya aku ada gak mau cerita ketidakpuasan hatiku dengan beberapa perkara… especially dengan orang orang yang dengki dengan Tawau Bloggers… tapi blum terbuka hatiku untuk menaip pasal tu…

    apa yang ku boleh cakap satu jak… kasihan kepada mereka yang teraniaya…. ingat!! Doa orang teraniaya tu makbul!! jadi sesapa yang suka buat onar tu… jaga jaga!!!

    Adry’s Terkini di blog…Konsert Sure Gegar @ Tawau

    Reply

    10/04/2009 @ 12:51 AM
  5. The Reporter @ Zafrin

    Maya, saya baru terbaca email mu. Saya mohon maaf sekiranya ada perkara yang membuatkan ko kurang senang hati di dalam entry saya di TawauKini tentang Rela tuh.

    Untuk lebih jelas, kami sebenarnya tidak mempersalahkan Tawau Bloggers walaupun TBU adalah co-organizer program tu. Cuma yang dipersalahkan ialah tindakan anggota Rela tuh.

    Untuk makluman, saya juga cuba menghubungi penganjur iaitu AS untuk memohon komen pada malam tersebut, namun tiada jawapan. Malahan sms saya tentang tindakan Rela itu juga tidak dibalas. Sebab itulah artikel itu disiarkan.

    Mengenai Wartawan TawauKini pula, ya TawauKini kini menjadi satu laman media maya baru di Tawau dan perkara ini sudahpun dimaklumi oleh Jabatan Penerangan Sabah, khasnya Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Encik Kaya Iggoh.

    Kini Kad Media sedang diuruskan oleh pihak Jabatan Penerangan Sabah.

    Malahan, jabatan-jabatan kerajaan serta pihak berkuasa lain seperti SB, MIO dan sebagainya juga sudah mengetahui peranan Tawaukini ketika ini.

    Apapun Maya, saya sekali lagi mohon maaf sekiranya ada kesilapan daripada pihak kami, TawauKini.Com.

    Sebagai penulis blog di Tawau, sebenarnya adalah amat wajar jika kita dapat bersatu untuk memperkuatkan lagi perjuangan kita, walaupun hakikatnya kita hanyalah di alam maya.

    Untuk makluman juga, berita-berita yang tersiar di TawauKini.Com adalah ditulis mengikut bentuk dan format berita.

    Justeru, kewujudan TawauKini sebenarnya tidak menjadi saingan untuk mana-mana penulis blog lain kerana kita masing-masing mempunyai perjuangan yang berbeza.

    Saya harap penjelasan ini dapat menjernihkan segalanya kerana saya tahu, ada pihak di luar sana yang ingin melihat TawauKini, TBU dan TawauClick bergaduh sesama sendiri..

    Apapun, terima kasih di atas kerjasama yang diberi kepada wartawan Tawau pada hari sidang akhbar tersebut.

    Reply

    Maya reply on April 11th, 2009 5:24 PM:

    Biarlah orang di luar sana dengan agenda mereka, yang pasti Zafrin ada phone nom saya dan bila2 masa saja aku sedia duduk semeja untuk bincang2 apa sahaja.

    Reply

    The Reporter @ Zafrin reply on April 11th, 2009 5:50 PM:

    thanks Maya..

    Reply

    10/04/2009 @ 11:22 PM
  6. biskutgaBEng

    ui.na…sedihnya ak..byk suda ak ketinggalan pasal tawau nih..
    btw..chill sis…pjg bejela2 kaw pnya post kali ni

    Reply

    Maya reply on April 11th, 2009 5:34 PM:

    Zack cepatlah ko balik. Ndak sabar mo mensappot kawan ni.

    Reply

    11/04/2009 @ 4:57 AM
  7. yg penting kita happy…. :)

    Reply

    11/04/2009 @ 8:11 AM
  8. i choose to remain silence and only talking to people that i trust with for the moment…

    sankai’s Terkini di blog…Search Live In Tawau

    Reply

    11/04/2009 @ 6:37 PM
  9. apa pun aku berterimah kasih kepada TBU kerana menjemput aku untuk bersama menjadi crew dalam menjayakan konsert SURE GEGAR.walaupun baru skali skale aku gunakan kamera canggih namun aku berpuas hati dengan imejan yang aku tangkap.itu pun belajar dari pengalaman yang ada sikit…

    untuk beberapa kes yang tidak baik dilakukan oleh orang yang tidak baek itu, aku harap dia akan dapat balasan ataupun pengajaran dr apa yang dia buat.seperti tiket palsu tu la..

    apa pun kita ni di alam maya yang sangat meluas, kita sama2 berganding bahu memajukan lagi Tawau dari sudut informasi klikers.jangan ada yang mau menjatuhkan.kerana apa yang dilihat atau pun nengok perjuangan kita berbeza.apabila dikombainkan mmg power.rasanya belum ada daerah2 lain yang buat begini..Yang mana TBU kalau kita nampak merupakan bloger2 yang aktif, TawauKini menerbitkan berita2 yang fresh dan TawauClick komunity berforumer.

    kalau la disatukan, fuh mmg pakej semua ada..cuma masih ada kekurangan yang perlu dibaiki..

    sama-sama kita ucapkan terima kasih kepada bloger-blogger Tawau dan pemberita (wartawan)kerana bersama-sama menerbitkan berita pasal KONSERT SURE GEGAR..

    Reply

    12/04/2009 @ 12:17 AM
  10. sis… ada ka sma sis gmbar dari kmera sis mas?
    kalau ada, bgi bha… hntar la pigi e-mail junaidi_tawau@yahoo.com

    junaidi’s Terkini di blog…My Favourite Video for this Month

    Reply

    Maya reply on April 15th, 2009 9:34 PM:

    Banyak pixmu junaidi… banyakkkk
    Yang kurang cuma entrymu saja

    Maya’s Terkini di blog…Ejaan serupa, makna berbeza

    Reply

    Maya reply on April 15th, 2009 9:36 PM:

    Datang sini ambil sendiri bah, penat tu streamyx mengangkat pixmu…

    Maya’s Terkini di blog…Ejaan serupa, makna berbeza

    Reply

    junaidi reply on April 16th, 2009 5:02 PM:

    okay sis….
    nanti akuw dtg…
    entry nya…. maw tunggu gmbar dulu bha…. baru la di post…. hehehe….

    junaidi’s Terkini di blog…My Favourite Video for this Month

    Reply

    14/04/2009 @ 3:02 PM
  11. shasdahlina

    hi semua..specially maya TBU..hey sorry sebab belum ada masa utk set hari bersuka ria semua member yg support for that event.insyaallah kita postpone ke next week sebab skang kan semua pun ada lagi yg bz engaged ngan lepa-lepa.

    on behalf of my hubby also my self and family, i would like to say a million thanks to maya and the great team.u guys superb!! next project kita bikin lagi ok.next kita pegi kk pulak,so no worries no heart feeling.we will do it again!!and of course i always wish if TBU be my offial media during the next project:)

    for en zafrin,so for not replying your sms,overload that nite.allowed me to apologize on behalf of the RELA,whatever it is..concert was done successfully on our part,apapun yang buruk pada malam itu adalah datang dari pihak saya sendiri and i do respect everyone’s comment and hope u guys will support us on the next event.

    thank you..thank you vvv much!!!

    **maya n TBU — i owe u guys nasi lalap 2 piring satu orang..ok ka??

    sincerely,
    shariffah asdahlina
    secret entertainment

    Reply

    17/04/2009 @ 11:09 PM
  12. shasdahlina

    CORRECT VERSION

    for en zafrin,so sorry for not replying your sms,overload that nite.allowed me to apologize on behalf of the RELA,whatever it is..concert was done successfully on our part,apapun yang buruk pada malam itu adalah datang dari pihak saya sendiri and i do respect everyone’s comment and hope u guys will support us on the next event.

    Reply

    Zafrin reply on April 20th, 2009 5:43 PM:

    Baru terbaca email ni.. Oh ok.. harap segalanya jadi pengajaran.. don’t worry.. we’ll support you guyz…

    Reply

    17/04/2009 @ 11:10 PM
  13. hi maya.. apapun berlaku yg penting semua dah selamat.pengalaman TB bukan ada jual dimana-mana kedai.

    semoga terus success..!

    combi’s Terkini di blog…manja weiiI..

    Reply

    18/04/2009 @ 12:49 PM

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

or