10

Aktiviti remaja Tawau di hujung minggu.


Saya bukan nak kutuk, tapi sekadar pandangan saja.

Biasanya, dikebanyakan tempat, hujung minggu sering diisi remaja dengan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga, shopping, tusyen dan sebagainya lagi. Aktiviti sedemikian pun turut dilakukan oleh remaja Tawau, namun, ianya berbeza dan agak ekstrem. Berikut adalah aktiviti remaja Tawau di hujung minggu:

1) Lepak.

Budaya lepak memang ada di mana-mana. Yang uniknya remaja Tawau ni, mereka suka lepak dan mengganggu ketenteraman orang ramai. Tidak kisahlah tempat mereka lepak, di lot kedai bertingkat, shopping complex, gerai minum makan dan sebagainya. Ada sahaja yang mereka tidak puas hati, mereka akan mula menconteng dinding dengan perkataan yang tidak-tidak. Tidak kurang juga ada yang berkelakuan tidak sopan, contohnya, kissing di tangga. Bikin peggal bila mahu turun tangga, sana dorang masih kissing. Kalau korang, apa korang buat?

2) Clubbing.

Budaya clubbing pun ada di mana-mana cuma yang uniknya remaja Tawau ni, mereka clubbing macam rusa masuk bandar. Bukan semualah, tapi tidak hairanlah kalau anda perhati, ada yang baru belajar meneguk tu, akan trep-trep (berlagak) mabuk!

3) Ayat awek.

Minggu lalu, di depan mata aku sendiri, sekumpulan remaja (sekolah dan x sekolah) pakat ludah awek yang tidak dilayan mereka. Just imagine, anda sedang membeli makanan, ada yang siul-siul, jerit-jerit (memang bikin panas) tiba-tiba meludah anda dari tingkat 1. Itulah antara uniknya aksi mereka ini.

4) Pergi berkelah.

Lokasi utama berkelah pastinya ke Air terjun Table. Sewa bas, ajak sekelas atau sekampung untuk mandi-manda. yang uniknya, bila pegi Table, mesti bawa makanan dalam tapau, keropok2 dan tin2 minuman. Semua ini akan dijadikan sampah di mana sahaja mereka makan. Ini bukan semualah, ada gak yang beretika mulia, ada nilai-nilai murni dalam diri. Bila ke sana, menconteng nama di pokok tu biasalah, kenangan bercintalah katakan… Bab sakat orang lain masuk tandas awam di sana tu dah normal, cuma yang begoknya, elok-elok orang berjalan di jambatan gantung, ada yang suka-suka nak goyang-goyangkan macam ayunan pun ada jambatan gantung tu. Apa nak jadi daaa…

5) Serbu CC.

Apa yang patut dibuat apabila remaja terutamanya, yang baru habis kelas tambahan Sabtu, akan pakat ramai-ramai dalam 3-6 orang masuk CC tapi hanya guna 1 komputer sahaja. Ditambah lagi dengan aksi mereka yangakan ketawa sebesar yang boleh, macam CC tu bapak dorang yang punya. Benda yang mereka buat tidak lain tidak bukan, Friendster.Com (selalu dieja frenster.com) kalau CC yang ada games, mereka akan kuatkan speaker sekuat-kuatnya dan pasang lagu dari RadioBlog.Com beserta audio games yang mereka main. Cth: main CS + Lagu Cromok with speaker altec lansing. Sikap mereka yang unik lagi adalah menghapuskan apa sahaja fail yang mereka tak tahu, cari lagu, cari lirik lagu, click pop up, cari virus then ternak dalam pen drive yang mereka ada.

6) Racing.

Ini hanya bagi remaja yang mempunyai motor sahaja, yang takdak motor, pinjam-pinjam pun ada, janji racing. Lokasi racing terpopular bagi remaja Tawau adalah sepanjang jalan highway. Sepanjang Jalan highway ini ada gerai makan, ada masjid, dan berada betul-betul tepi laut yang ramai orang lepak. Apabila anda menikmati makan malam di gerai highway, pastinya mood makan akan terganggung dengan bunyi ekzos motor mat rempit kapcai ini, ditambah lagi dengan sorakan para peminat rempit… Yang menjadi keunikannya adalah, aksi rempit ini tidak akan berhenti selagi tidak ada kemalangan yang berlaku. Bila dah kemalangan, barulah agaknya mereka tersedar betapa tingginya langit…

Rasanya setakat inilah sahaja keunikan ktiviti remaja Tawau buat kali ini. Kalau ada yang nak tambah, silakan.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2008 Tags: 

Recent Posts

Bookmark and Promote!

10 Responses to "Aktiviti remaja Tawau di hujung minggu."

  1. romzi says:

    ya saya sukung tu sis, budak2 sekarang banyak yg betabiat, macam bandar tawau ni durang yang punya bila jalan ramai.

    Reply

  2. friendly says:

    betui tu… kadang2 aku duk menyampah dengan budak2 yg baru nak masuk zaman remaja nih… berlagak sombong semacam… macam kuat… kena penumbuk aku ni kang baru tau…. huhu… diorang nih tak tau ker yg kitaorang pernah juga melalui zaman remaja nih… tapi tak ler se agrezif remaja sekarang… adeh… susah nak cakap… kang kalo d tegur, lain pulak dorang buat… lantak dorang la….

    Reply

  3. Maya says:

    Kalau nak diikutkan marah dengan dorg ni, mmg wajar disepak lempang gasak semua dorang ni, cuma aku ingat kata orang tuaku…

    kalau kita mahu dihormati oleh golongan muda, kita kena awal-awal lagi hormat mereka juga.

    Ntahlahhh…

    Reply

  4. Budi says:

    topik yg menarik ni maya.. hehehe.. masa aku balik Tawau last month, kalau tidak silap aku hari ahad petang.. masa tu kebetulan berada di bandar so teringin la mo lalu highway.. mmg byk kereta parking tepi jalan.. then masa aku drive tu tu tiba tiba 2 motor tgh race lalu kereta ku.. terkejut jgk sbb tiba tiba muncul..bahaya betul cara dorang race tu.. sudah la jalan tu kecik.. kereta plak byk di jalan.. blum lagi yg park d tepi jalan tu.. aku pulak yg rasa takut.. trus aku chow balik rumah.. x sangka di Tawau sudah ada mat rempit.hehehe

    Reply

  5. Maya says:

    Satu petang hari Sabtu, aku dan 3 orang kawan aku makan di warung sabar menanti tu, tengah sedap2 makan tulah dorang merempit, bising, ala suparman merempit pun ada. Aku cakap, kurang ajaran punya budak, kemalangan baru tau… booom, motor hantam belakang dmax. Budak motor tu tepelanting pi seberang jalan.

    Mungkin apa yg aku cakap tu satu doa yang ntah kali yang keberapa kerana terganggu, geram…

    Reply

  6. biscute gabeng says:

    hahahaha…pasal clubbing 2 ya…
    aku pun heran..
    ramai suda ni rajin p clubbing…
    lagi ..
    ada yg suka p lepak dkt ngan mpt 2 shuffling..
    macam ada geng..

    Reply

  7. Ceh Trep.. baik la pulak….

    hgehehe Standard.. la..
    aku rasa.. klu dorang X ada mesti SUnyi Sepi Bandar tawau..
    GUe.. Tehibur juga Tengok Gelagat dorang.. Dorang yg penuh aksi Sesksi, ganaz.. Hotzzz…
    saya rosa korang pun ada juga.. yg Terhibur,, kn,, kn.. selebihnya… Biarlah Tuan Punya Badan PIKIR Sendiri kan…. BANG YOUR HEAD! SEX ROCK BEER.

    Klu Pasal CLUBBING TU… NAk tanya KERAJAANla..
    REMAJA adalah SASARAN UTAMA utk APEK pnya CLubbing tu.. So Takkan la.. Golongan Yg berumr pegi HEAD BANG DI RMB FIRE ETC la.. kan.. KAn…
    :-) ..

    KEEP ROCK!

    Reply

  8. x-atlit says:

    mmg tkilan dgn sikap anak muda kat Tawau tu..knp la pihak yg btgungjwb tidak mgadakn aktiviti yg bfaedah agar belia kat sna tidak tlibat dgn aktiviti tidak sihat.. Tpi tidak semua yang terlibat la…Harap2 belia di sana sedar dan dapat mgubah khidupan mereka kepada aktiviti yang berfaedah…

    Anak jati Tawau(perantau setia)

    Reply

  9. anak perantauan tawau says:

    tawau…tawau…tawau…tawau tetap di hati..hahaha…

    Reply

  10. wan_tawau says:

    tawauuuuuuuu tetap d hati biar pun aq d labuan…..

    tawau the best……..

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.