Akhirnya Lorong Mak Yong Ada Streamyx

Terima kasih kepada TM yang telah bermurah hati membekalkan aku Streamyx pagi tadi, syukur penantianku berakhir setelah sekian lamanya menunggu dengan penuh kesabaran yang betul-betul menduga akal dan perasaan. Aku ada kisahkan hal ini di SINI dan di SINI dan juga di SINI. Semua kisah harapan dan kecamukan jiwa untuk online. Selamat tinggal Berokbeng (broadband Celcom).

Sebagai pengguna internet tegar, aku sememangnya memerlukan streamyx, itu yang selalu aku luahkan kepada pegawai TM tatkala membayar bil telefon dan bil streamyx kedaiku. Aku berterima kasih kepada abg Sudirman Mohd Isa yang tidak jemu follow kes permohonan aku… begitu juga abg (Yakulu) Musa, on the spot call dan tidak sampai seminggu sudah ditunaikan janjinya. TM Tawau, walaupun sebelum ini aku banyak mengeluh dengan perkhidmatan kalian, aku kini boleh mengatakan rasa terima kasih aku. Aku rasa apa yang aku adukan sebelum ini kena pada masanya, hampir 2 tahun tu kan. Orang lain cuma seminggu dua sahaja sudah boleh ON Streamyx mereka.

Harapan? Ndak payahlah macam berucap, just aku sedang mahu menikmati keselesaan aku melakukan kerja free lance ku dengan lebih teratur dan dapat menjana pendapatan dengan lebih sistematik lagi.

Memandangkan di kawasanku ini baru aku seorang sahaja yang memiliki talian Streamyx, aku merancang untuk berkongsi penggunaannya dengan jiran sebelah2. Aku tau mereka juga seperti aku sebelum ini, terpaksa berjaga hingga awal pagi semata-mata untuk online kerana berokbeng hanya akan berfungsi lancar di kala orang lain tidur.  Rm2 sehari, sebulan RM30, online guna LAN cable… bolehlah.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge