Akhbar MESTI untuk Pantai Timur Sabah.

mesti1

Dalam kehangatan musim pilihanraya 2008, muncul sebuah akhbar tempatan, Media Sabah Timur (KDN:PPH-293/03/3009 (020577)) atau MESTI, yang berpusat di Tawau dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keseluruhan akhbar itu. Akhbar tabloid yang terbit setiap hari itu berukuran A4 dan mempunyai 16 muka surat. MESTI diterbitkan oleh Idaman Publishing (S) Sdn Bhd dan dicetak Innovate Printing Sdn Bhd. Sidang redaksinya pula adalah seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif: Idris Hinayat.
Pengurus: Siti Noor Yusoff
Ketua Pengarang: Sharmila Mohd Ayaz Khan.
Email: editormesti@gmail.com.
Tel: 019-5863858
Wartawan:
1) Noorulzaman Sodiq
Email:nzmesti@gmail.com
Tel: 0198009713
2) Muahlim Lise
Email:halim808@gmail.com
Tel: 0168258525

Pereka Grafik:Yus Design & Fareez Ayaz Khan
Pengurus Pemasaran: Khairool Sazian Kamarulzaman.

Alamat: Media Sabah Timur,
TB 1872 Tingkat 2,
Jalan Paya Bakau Off Jalan Dominic,
91000 Tawau, Sabah.

Jumaat lalu, tergerak hati hendak meninjau akhbar MESTI dan ini adalah antara rekabentuk dan isikandungannya:

mesti2

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

142 Responses to “Akhbar MESTI untuk Pantai Timur Sabah.”

  1. lilou

    May 15. 2008

    mcm2 btul la nama kamu ni…….tombong pun ada bha….wahahahhai……biarkan dorang saman papper ni….baru dia tau…..

    Reply

  2. edisi siasat

    May 15. 2008

    apa ka jadahnya smua ini……
    akhbar2 dibiarkan terhenti begitu sahaja….
    siapa yg bertanggung jawab…..

    isu taik masih lg berleluasa…..
    taik kucing dan anjing dibersihkan dengan keratan akhbat MESTI…
    apa sdah jadi dengan akhbar ini…..
    ada kah pihak mereka jgak berperangai seperti taik…..

    roti john melaporkan untuk EDISI SIASAT….

    Reply

  3. Mesti kah?

    May 15. 2008

    hai, bagi saya paper MESTI ni banyak baiknya untuk kita orang tawau, kerana ada juga muka kita masuk paper , memang aku sokong paper MESTI tapi kan memang betullah cita orang mengenai paper MESTI masalahnya bukan pasal wartawannya, ini mesti pasal bosnya yang tidak tahu apa itu akhbar betulkah?, banyak duit tapi kalau tak tau buat keja bangkruplah, lagi satu kalau tak faham tanyalah dengan orang yang lebih tahu jangan eksen macam orang panda

    Reply

  4. penarik beca

    May 15. 2008

    wah knapa akbar ni mesti tutup.inikah namanya MESTI.taukah apa itu MESTI…konon……oh ya ka pemilikny ORng K???.knp dak ka dia tau pasal paper ni.lagi satu knp pekerja bayar gaji pekerja.bagus semua jadi bos..oi! bangunlah dari tidur…aku mau media sabah timur terbit kembali kalau tidak bagus jak lesen tu buang dalam tong sampah atau kasi jak dengan orang yang layak mengurusnya…oh ya trima kasih kerana memasukkan wajahku ke dalam paper ini.makasih bebeanyak ya…

    Reply

  5. jas

    May 15. 2008

    aku suka bah paper ni. ada cerita hantu,tukang kasut,pastu gambar-gambar tawau pun ada jugak.yang bestnya pasal tawau ni jarang sekali mau masuk mana2 media.thanks to media sabah timmmmurrr…..tapi kan,adalah menjadi satu kebodohan bila aku tau yang paper ni dak sudah tebit.kenapa ya??lagi yang aku tau wartawannya ni aku kenal jugak.aku suka sebab hal kecil pun masuk dalam paper.jadi adakah kerana durang ni masalah sedemikian terjadi?tidakkan.kan paper ni lokal.jadi apa pun masuk.mungkin bosnya dakda duit mau injek ke dalam companynya.setau aku la paper lain pun masi injek duit bah.oh ya orang mana ownernya??? K tu negeri mana.ah bodoh smua.jual aja saham dia dekat orang lain pastu terit balik lah kan bos….

    Reply

  6. edisi siasat

    May 15. 2008

    tak habis2 lg pasal isu akhbar MESTI…..
    manakah pihak yg berwajib…..
    apakah mereka hanya sedang menggit jari d rumah….

    tindakan2 tidak juga d ambil…..
    apa sdah jadi dgn org jenis ini…..
    kita tidak mampu mengubah mereka….
    melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri….”

    roti john melaporkan untuk EDISI SIASAT

    Reply

  7. salleh road

    May 15. 2008

    apa punya papper la…. buang longkang sjak la….. kertas sdah la mcm tisu tandas…..jual pun seminggu 3 kali….sempat buruk bha yg lepas2 punya baru kluar isu baru… sakelodo la…..

    Reply

  8. edisi siasat

    May 15. 2008

    bnyk akhbar2 yg diterbitkan mengalami masalah yg sama setiap
    kali d tnya……
    tapi smuanya kita dpt lihat berjaya juga akhirnya….
    apakah sbbnya……
    kenapa mereka ini ble maju dan berjaya sekali….
    kenapa tidak akhbar kita ini…

    jika sistem pengurusan yg mereka lakukan seperti sampah ini masih di amalkan…..
    tiada gunanya untuk memulakan sekali lg….
    bak kata pepatah….
    d situ bukan….
    d sini pun bukan….

    roti john melaporkan untuk EDISI SIASAT

    Reply

  9. UKAZAN

    May 15. 2008

    kahkahakahakahakahakahakaha…
    best la kamu mengutuk…

    aku org baru ni…tp psl mesti ni..hmmmm…
    ntahla mgkin byk pihak yg salah…
    pengurusan….editorial…..penghantaran….

    sistem la ni punya masalah….

    p/s: salam perkenalan…. ;p

    Reply

  10. editor_mesti

    May 15. 2008

    saya sudah baca komen-komen daripada pengunjung laman web ini…. laman web ni pun saya temui dari kawan wartawan yang prihatin tentang akhbar MESTI.memang bagus betul laman web ni sebab terlalu mengambil berat tentang kewujudan kami sebagai warga MESTI (bekas warga MESTI).

    apa yang saya mahu jelaskan di sini adalah terdapat beberapa fakta yang saya kurang puas hati dari komen Penerbit MESTI. apa maksud Penerbit MESTI tentang fakta di bawah ini?

    “Kami akan cuba mencari mereka yang mempunyai “semangat kesungguhan” dan bukannya yang mempunyai “kepentingan peribadi “untuk bergabung dengan kami bagi menjadikan akhbar MESTI ini dapat menjadi wadah penyebar maklumat berbahasa melayu yang ulung di Sabah Timur.”

    kepentingan peribadi yang macam mana yang mereka maksudkan? adakah kami sebagai ahli dalam team editorial termasuk wartawan2, kurang kesungguhan untuk mendapatkan berita?

    perlu saya jelaskan di sini saya bekerja bukan kerana hendakkan gaji tetapi kerana minat saya dalam bidang kewartawanan. begitu juga dengan wartawan2 di bawah saya. saya tahu mereka banyak kelemahan dari segi penggunaan bahasa, ayat dan penulisan berita. tetapi mereka masih mempunyai kesungguhan untuk belajar memperbaiki diri di samping mendapatkan berita-berita yang sukar diperolehi. berurusan dengan pihak-pihak tertentu bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan oleh orang biasa.

    dari segi saya sendiri sebagai editor, saya akui memang kadang-kadang terdapat kesalahan ejaan yang terlepas pandang. bayangkan akhbar MESTI hanya ada saya seorang sebagai editor. sedangkan akhbar lain mempunyai chief editor yang dibantu oleh beberapa sub editor dan ada sesetengahnya yang menggunakan proof reader yang berfungsi untuk menyemak ejaan. tapi bila kita baca balik akhbar2 lain, ada juga sesekali kita melihat beberapa kesalahan ejaan daripada mereka kan? jadi saya cuma hendak tekankan di sini bahawa kerja dalam bidang kewartawanan ni pun bukan memerlukan orang yang perfect. kesalahan kecil sebegini memang biasa berlaku.

    kami dalam team editorial berusaha setiap hari meningkatkan prestasi dan produktiviti kami dalam bidang ini. kalau pihak pengurusan masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan, itu bukan masalah kami.

    cuma kami rasa terkilan kerana ada sesetengah pihak yang masih beranggapan kami bekerja hanya untuk kepentingan peribadi. dan saya masih cuma cari apa kepentingan peribadi yang kami boleh perolehi daripada akhbar ini?

    Terima Kasih…..

    Reply

  11. piramid_terbalik

    May 15. 2008

    wah…editor sudah mula bersuara…..

    Sabar editor, Tuhan melihat apa yang kita lakukan dan tahu niat kita…..

    anyway, good luck for you and your team…..

    Reply

  12. Maya

    May 15. 2008

    Assalamualaikum…

    Saya tidak menyangka sama sekali laman web saya ini mendapat perhatian pengguna internet dari Tawau berkaitan dengan isu penghentian penerbitan akhbar MESTI. Saya memohon maaf sekiranya pihak editor dan pengurusan MESTI tersinggung dengan komen yang diberikan oleh pengunjung saya ini. Tapi ini adalah pendapat mereka, cara mereka berfikir dan inilah orang Tawau yang ada di internet.

    Saya sememangnya salah seorang pembaca MESTI yang mengikuti perkembangan MESTI dan diawal penubuhan akhbar ini pun saya sendiri turut bertemu dengan pemilik lesen akhbar ini atas jemputan beliau untuk bertukar-tukar pendapat. Saya bersyukur kerana ada media yang bakal mewakili suara kita, suara dari pantai timur yang sememangnya mempunyai pelbagai cerita, berita, derita, cereka yang boleh dikongsi bersama dan dikomersilkan. Kalau di pantai barat sana, komuniti mereka mempunyai local paper Borneo Post, Daily Express, New Sabah Times dan beberapa media tabloid lain, tapi yang ada di Tawau cumalah stringer local paper, national paper dan Morning Post. Itupun, masih belum jitu dalam penyampaian berita mereka ataupun, pihak editor telah memotong berita yang dihantar.

    Soal paper ini mengalami masalah dalam penyampaian berita terutamanya ejaan, kualiti kertas juga bilangan kertas adalah perkara yang normal dalam penerbitan newspaper. kalau anda pernah membaca Berita Sabah di awal kemunculan mereka, anda sendiri boleh membandingkannya dengan MESTI.

    Kemampuan MESTI hanya dapat mengeluarkan paper yang sedemikian, bersaiz A4, jumlah page yang sedikit dan susunan grafik dalam page yang agak berterabur… kita tidak boleh salahkan mereka. Sewajarnya kita sokong usaha mereka, beri pendapat, tolong promosi mereka sebab kita mahu paper ini bertahan dan mewakili suara kita yang jauh tersisih. Dalam pengiraan saya, harga MESTI dari kilang percetakan bernilai 65sen-80sen dan dijual RM1, dengan penjualan yang ada, berapa sangatlah mereka dapat dan hanya iklan sahaja yang mampu membuat sebuah paper bertahan. Daily Express sekalipun dapat bertahan ke hari ini kerana jumlah iklan yang banyak sedangkan berita tempatannya berapa kerat? Selebihnya ambil dari Bernama, Reuters, AFP dll. Buka mata dulu baru nak marah-marah…

    Apa pun, seperti semua orang mahu, di masa akan datang, MESTI boleh diterbitkan semula dengan mengambil contoh pengalaman lalu dalam pengurusan, semoga ianya mencapai matlamat dalam menjadi wadah media untuk Sabah Pantai Timur.

    Reply

  13. lawak

    May 15. 2008

    hakhakhak ramai pula yg mghambur komen kehkeh
    eh….btlke MESTI nak published lg…..
    klu btl, bgsla…
    bknya apa….kita prlukn wakil utk mnyuarakn rasa hati kpd phk2 trtntu….
    mcm pbt,leaders, n etc…….
    mslh yg timbul…asam grm kunun hahaha
    apa2hal pun…gd.luck utk x-team MESTI…..
    nmpknya…..kenalh tunggu dan trs mnunggu
    warga twu akn mnunggu tp sampi bila yaa……..

    Reply

  14. Berzaman

    May 15. 2008

    Oh Maya punya website lah ni, saya sokong ada web le suarakan pendapat. tapi tentang akhbar MESTI ini pula lain citanya. saya sebagai warga tawau sokong penuh adanya akhbar sendiri di tawau tapi yang kurang enaknya pula napa tak diteruskan. kalau masalah berita ok bah . baru kan biasalah banyak masala, cuma jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar. kalau bilangnya satu team napa tidak cari mana yang bermasala, kata lah kalau kereta rosak kena periksa dulu mungkin batteri atau engin, kalau batteri tukar barula batteri betulkan, bukannya kereta tak perlu jalan atau perlu di bongkar semuanya di sebabkan masala lain.
    disebabkan itulah cari yang pakar dalam bidang tu bah, kan senang tak paya mau pandai pandai kunuk macam pandai tapi BUDUSSSSSSS….

    Reply

  15. lawak

    May 15. 2008

    wawaweeeeee…….. mesti …..nak call?
    tp phone no.still blh guna ke ….spa nk smbut?
    biasa jg p d dy tuu…
    tp kbrnya lengang jk d atas……
    so skrg ni skt info ttg twu yg blh kta dpt
    bis channel media len ciput je stori twu
    skg yg tinggal cuma twufm hahaha
    hrp twufm je la……….

    Reply

  16. keroro

    May 15. 2008

    kepada semua yg duk marah2 kat paper mesti nih.. I hereby would like to tell u that PRU12 is over 2 bln lepas so any paper yg dibuat smata2 utk mengpromote wakil rakyat tempatan, ofkoz la diberhentikan..

    tujuan utama drg cuma nk tnjk pembangunan yg dibuat oleh wakil2 tertentu shj. so bukalah mata dan minda masing2.

    benda ni bukan shj berlaku kat tawau. Mana2 daerah juga ada perkara yg serupa. tiba2 wujud paper yg kununnya nk mempertahankan daerah masing2 alih2 lepas pilihanraya terus snyp takde kabar berita.

    kalau ikutkan , dr posting2 kat atas semua pn komplen kertas A4, susunan akhbar tak tentu hala etc.. tu dah menunjukkan betapa seriusnya dia nk buat berita mengenai daerah sendri. hehehe..

    Reply

  17. aku

    May 15. 2008

    Hohoho, komen yang pedas!

    Reply

  18. geram nie...

    May 15. 2008

    best jgk komen korang suma.. jadi, dak salah kan kalau saya tumpang sekaki… hehe.. Gini, berdasarkan apa yang saya tahu, masalah yang berlaku pada mesti ini bukanlah masalah pihak editorial. tapi masalah pengurusannya yang BANGANG.

    kalau kita tengok sejarah sekalipun, banyak paper yang hangkang disebabkan oleh pengurusan yang salah.
    pasal berita dalam MESTI, pada saya ok. Sbb banyak berita Tawau.

    Kalau orang Cina ada Morning Post, kenapa tidak orang Melayu ada MESTI. Tapi malangnya yang BODOH ialah pihak pengurusan.

    Saya rasa la kan.. PENERBIT MESTI tu kata dia cari orang baru sebab dia mau pergunakan org tu. Tolonglah woiii… janganlah pergunakan orang lagi…

    Kalau mesti ni mau laku dan bagus, bukan tukar bahagian editorial. Tapi tukar pihak pengurusan, khasnya si PENERBIT tu,,,

    Bila tu dapat dibuat, konfom paper ni ok..

    UTK PENERBIT MESTI… Kalau terbaca komen ni, tolonglah cermin diri sendiri. Kalau tiada cermin, ambik air satu baldi, pastu tengok muka sendiri tuh.

    Kami orang Tawau sudah mula suka dengan paper mu yang buruk tu, tapi ko buat hal pulak.. adakah patut ko tutup paper tu?

    Cuba ko bayangkan, sapalah mau beli paper yang macam tisu tandas, dak berwarna, kecil dan jelek tuh?

    Nasib baiklah wartawan-wartawannya kreatif dan pandai tackle hati kami untuk baca paper tuh.. So kalau bab itu pun ko tak faham lagi, kalau 100 juta juta juta ringgit sekalipun, company ko tetap akan lingkup sebab otak ko yang tak betul buat pengurusan..

    ‘sendiri makan pengat, sendiri mau ingat…. laaaa!!’

    Reply

  19. lilou

    May 15. 2008

    cik maya….mcm mana nak tolong promosi klu papper tu pun susah mau dapat….pihak dorang sndiri pun tak bertanggungjawab mau promosi papper dorang…..mau promot mcm mana…..promoter ble la…..

    Reply

  20. edisi siasat

    May 15. 2008

    apa smua ini……
    isu pasal akhbar kita yg kononnya mempunyai masalah pasal iklan,interface dan sbgnya masih hangat diperkatakan….
    timbul pula isu baru……

    ada yg mengatakan akhbar ini hanya sekadar mahu mempolitikkan cerita2 yg ada……
    d sana politik….
    d sini politik…..
    siapa yg harus bertanggung jawab…….
    mana perginya pihak yg hanya pandai menuding jari sahaja…..

    sama2 kita nantikan jawapan dari mereka….

    roti john melaporkan untuk EDISI SIASAT

    Reply

  21. @=@puyol@=@

    May 15. 2008

    kita kasi pecah papper ni……..HAHAHAHAHAHAHHAH…..suka ati dorang jak mau pergunakan org……….*%^&##@& punya orang….dakda pendirian btul……mcm mana papper sendiri mau bediri……stupid idiot…..

    Reply

  22. Budi

    May 16. 2008

    nampaknya hot topik perbincangan ni… tergerak hati pulak aku mo komen..boleh ba kan maya..
    Bagi aku la kan.. aku bukan mau mencampuri urusan paper MESTI..kalau ada problem pun itu hal dalaman dorang.. aku tidak terlibat cuma aku sebenarnya menghargai apa apa effort dorang buat cuma membawa berita dari Tawau terutama bagi aku yg jauh duduk di semenanjung ni.. at least aku dapat jugak tgk apa yang berlaku di tanah tumpah darah ku ini… aku mmg selalu jgk lawat blog MESTI tu walaupun pertama dulu aku tidak tau pun MESTI ni ada print version.. aku ingatkan 100% online.. lepas baca blog ni la baru aku tau.. ni la aku sukak blog ni.. byk betul ilmu aku dapat (kembang c maya ba).. setiap hari aku pasti akan melawat dailyexpress.com.my, newsabahtimes.com.my dan juga MESTI. Cuma sayang sekarang MESTI sudah stop production. Apa apa pun aku doakan agar satu hari nanti akhbar seperti MESTI akan muncul semula.

    Sekian

    *maaf kalau ada salah ejaan.. aku bukan pakar bahasa..

    Reply

  23. limau nipis

    May 16. 2008

    aku first time masuk web ni. mula2 aku cuma mau carik pasal akhbar MESTI sebab aku sudah ndak jumpa akhbar tu di pasaran. tiba2 aku jumpa laman web ni…fulamak….terkejut aku tengok sambutan di sini terhadap akhbar MESTI. rupa2nya akhbar ni sudah kena stop. apsal? dari apa yg aku baca komen2 korang semua macam2 sebabnya. pelik jugak aku sebab akhbar ni memang famos di kalangan kawan2 aku yang kebanyakannya student. walau apapun, aku harap mudah2an akhbar ni terbit kembali. kekalkan lah apa yg sudah ada sebab aku tengok akhbar tu sudah cukup menarik dan lengkap buat warga Tawau. cuma kalau boleh letaklah di tempat yg strategik sikit supaya orang senang mau beli. lagi bagus kalau di sekolah2 ada jual. aku ni student jarang2 mau turun bandar. kalau ada di sekolahku senang jugak aku beli…..

    Reply

  24. usop

    May 16. 2008

    hehehe… maya kenal ke mgmt dan editorial team diorg???

    aku kenal sbb aku pun wartawan tapi dari news lain la…

    mmg sadis la bagi aku… sbb aku kenal sgt dgn puan editor mesti ni… dia mmg anak tawau… dan mmg dia dah bagi more than 100% komitment even walaupun dia tgh pregnant…

    dia mmg minat menulis dan sgt leniant dgn staff sbb dia tau yg staff reporter dia mmg berusaha memperbaiki corak penulisan berita masing2…

    dan mmg nampak improvementnya paper ni berbanding masa mula2 terbit…

    apa yg aku nak ulas berkenaan grafik dan reka letak berita di setiap helai mukasuret news tersebut…

    korg percaya x paper tersebut keseluruhannya dibuat oleh seorg shj grafik man… hehehe kelakor kan… ini sbb polisi penerbit mesti sendiri… staff kalau nak pembantu bayar la sendiri gaji pembantu tu,,,, ekekeke

    dan aku gak di beritahu yg grafik man diorg tu kenagak buat kerja2 utk sykt printing milik penerbit gak…. yg terletak hanya 10 anak tangga ofis mesti nih… kaya2…

    tapi sbb sifat tamak dan hanya nak untung dia buat polisi mcm ni.. nak cut cost dan perah tenaga org dgn bayaran minimum…

    lagi satu ttg kewujudan makhluk halus yg bersikap lebih sudu dari kuah yg sering mengganggu kerja editor dgn mengedit kembali berita… ala2 chief editor la tu… padahal dia sendiri buat surat yg kononnya u tk minta kebenaran menjual news ni disekolah bahasa dia punyala huru-hara…

    lagi satu makhluk ni kuat betul mengadu dgn penerbit sbb rupanya mereka ni ada hubungan darah sepusat. ekekeke

    jadi maknanya memang tekanan la sesapa yg duduk dikerusi editor tu… sbb dia nak jaga budak2 reporter lagi… pastu nak kena jaga lak makhluk/pengurus/chiefeditor???? lagi ekekeke

    kalau aku la mmg dah lama aku blah… biar terkapai2 je paper ni… tapi sbb editor n reporter sayangkan news ni diorg bertahan gak… at last dapat surat operasi di gantung…

    dan hingga skrg status mereka masih tergantung sbb dlm surat tidak dinyatakan samada mereka di pecat atau tidak…

    senang citer la kalau ada lg paper ni nanti kita tgk la berapa boleh bertahan selagi org2 sama jadi penerbit…

    ye la… paper ni bukan mcm bisnes printing… buat ikut order… paper lak kena buat setiap hari… kalau laku ok la… kalau x basi la…

    aku akan bisikkan lagi apa yg patut pd korg ttg hal dalaman news ni sbb aku kesian pd geng editorial yg seolah2 dipersalahkan 100% peratus sdgkan kerja mereka diganggu…

    Reply

  25. Maya

    May 16. 2008

    Saudara usop dan rakan-rakan yang lain…

    Hal pengurusan rasanya sudah menjadi hak mereka mahu menentukan polisi kompani mereka, sebab mereka ada modal, ada usaha, dan keyakinan untuk buka paper, meskipun ada kalanya diselitkan dengan kepentingan peribadi. Mereka sepatutnya lebih arif dan prihatin dengan undang-undang. etika kewartawanan dan elemen lain dalam kompani newspaper. Kalau tak, takkan owner dia bersusah payah belajar semula di bidang journalist sedangkan dia mempunyai profesion di bidang lain.

    Soal desk editorial dan wartawan yang ‘dikerjakan’ sedemikian (seperti yang saudara usop katakan) bagi sesiapa pun akan berhak menentukan nak bertahan atau tidak. Mereka punya kelayakan, bakat dan kesungguhan, kalau tak senang di paper tu kenapa tidak mohon di paper lain, kalau betul2 layak, takkan tak laku kan. Lagipun, kan ada undang-undang, kalau tindakan pengurusan berlebihan dan melanggar surat lantikan jawatan bekerja, adukannya kepada pihak yang berkuasa, habis cerita. Kenapa harus kasihan dengan majikan sedangkan diri sendiri teraniaya, cabutlah…

    Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada penutupan MESTI atau mana-mana paper sebelum ini adalah sebagai balasan kepada apa yang mereka lakukan, tapi bagi saya sesiapa pun buat kesilapan. Apa pun, kita kena terima alasan mereka, mereka stop kerana mahu menyusun semula strategi paper mereka, mereka sedang membuat rombakan dan mahu mewujudkan sebuah team yang terbaik untuk operasi mereka akan datang. Bila? Saya sendiri tidak tahu bila…

    P/s: Saudara usop kerja di paper mana? Dah berapa lama? Takkan tiada free time untuk duduk semeja dan borak-borak.

    Reply

  26. bugis_tawau

    May 16. 2008

    nampaknya masalah paper ni rumit betul ba. ndak payahlah rumit2kan keadaan. kami sebagai warga Tawau masih mengharapkan akhbar ni. kepada penerbit dan pihak pengurusan, kalau rasa ndak mampu teruskan, juallah kepada mereka yang berkemampuan ok…sayang paper ni boleh jadi sumber maklumat satu2nya untuk warga tawau.

    Reply

  27. editor_mesti

    May 16. 2008

    Maya, terima kasihlah sebab buat web ni…..

    At least dari sini kami tahu apa kelemahan dan kekurangan kami.

    Actually masa saya masih jadi editor MESTI lagi saya sudah alert ngan web U ni. Tapi masa tu masih belum ada komen2 dari orang ramai. mungkin masa tu masih belum ada yang peka dengan kewujudan kami.

    Tapi bila paper ni diberhentikan sementara….rasanya sudah masuk 3 minggu. Saya pun kurang pasti. Makin ramai pulak orang yang bagi komen. Walaupun ada yang berunsur negatif tapi saya sedar ini adalah hak mereka sebagai pembaca. Sekurang-kurangnya saya tahu ramai jugak warga Tawau yang prihatin terhadap paper ni.

    Saya langsung tidak terasa hati. Saya bersuara di sini sebab saya tidak mahu ada sesetengah pihak yang menuding jari mempersalahkan pihak2 lain disebabkan penggantungan akhbar ini. Sebagai ketua utk team editorial, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan wartawan-wartawan di bawah saya. Bagi saya mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan saya tahu mereka memberikan komitmen penuh kepada pekerjaan mereka. Saya tidak melihat mereka bekerja atas kepentingan peribadi tetapi adalah semata2 untuk mencari pengalaman dalam bidang ini serta minat yang mendalam. Walaupun hasil kerja mereka tidak sebanding dengan wartawan2 dari media lain, tetapi peningkatan mereka dapat dilihat dengan ketara dari semasa ke semasa.

    Apa salahnya pihak pengurusan menghargai sedikit hasil kerja mereka dan bukan sekadar meletakkan kesalahan di bahu mereka?

    Walaupun baru 2 setengah bulan berada di pasaran, tetapi saya menerima banyak respon yang positif mengenai MESTI dari orang ramai melalui email dan SMS. Saya tidak pernah menyangka ada pihak yang beranggapan MESTI ni wujud hanya untuk mendapatkan kepentingan tertentu. Apa yang boleh kami perolehi? Bagi saya, ini satu kepuasan kerana dapat melakukan sesuatu yang diminati setanding dengan kelulusan dalam bidang yang sama.

    Saya juga tidak melihat team2 lain melakukan pekerjaan mereka atas kepentingan peribadi. Seperti team marketing dan juga design. Mereka juga berusaha dalam memastikan akhbar ni terus bertahan di pasaran.

    Dalam melaksanakan sesuatu yang baru, sepatutnya pihak pengurusan perlu bersabar. Adanya peningkatan lebih baik dari tiada peningkatan langsung. Ini menunjukkan produk tu diterima di pasaran. Tetapi untuk mengharapkan keuntungan berlipat ganda dalam sekelip mata, agak mustahil. Produk baru pun perlu bersaing dengan produk lain di pasaran. Kena sabarlah kalau nak maju.

    Reply

  28. pening

    May 16. 2008

    aku betul2 peninglah sekarang ni….aku sudah hantar gambar anak aku kat MESTI ni tapi tiba2 jadi macam ni pulak. punyalah aku bersemangat mau pertandingkan anak aku dalam baby contest tu. aku rasa inisiatif yang dilakukan oleh pihak MESTI melalui pertandingan baby contest tu sudah cukup bagus. kenapa tak diteruskan? agaknya kalau akhbar MESTI diteruskan, baby contest tu still on lagi ka ya? buatlah sesuatu…..

    Reply

  29. milo_ping_satu

    May 16. 2008

    kata KERORO:

    kepada semua yg duk marah2 kat paper mesti nih.. I hereby would like to tell u that PRU12 is over 2 bln lepas so any paper yg dibuat smata2 utk mengpromote wakil rakyat tempatan, ofkoz la diberhentikan..

    tujuan utama drg cuma nk tnjk pembangunan yg dibuat oleh wakil2 tertentu shj. so bukalah mata dan minda masing2.

    benda ni bukan shj berlaku kat tawau. Mana2 daerah juga ada perkara yg serupa. tiba2 wujud paper yg kununnya nk mempertahankan daerah masing2 alih2 lepas pilihanraya terus snyp takde kabar berita.

    kalau ikutkan , dr posting2 kat atas semua pn komplen kertas A4, susunan akhbar tak tentu hala etc.. tu dah menunjukkan betapa seriusnya dia nk buat berita mengenai daerah sendri. hehehe..

    wakakakakakakak aku sokong kau 100% KERORO….

    Reply

  30. lilou

    May 16. 2008

    dak paya la kamu harapkan papper ni diteruskan……klu ada pun lebih worst case scenario jgak……hahahha…..pasal baby contest 2 bagus kamu hantar baby kamu pg TOM TOM BAK kat astro 2….lg famous…..

    Reply

  31. lilou

    May 16. 2008

    aaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh……..papper ni jgak lembap….time dorang published dulu pun dakda siapa pun yg tau…..atleast buat la iklan yg papper 2 nak kluar…..biar hangat skit brand 2…..ni senyap sjak……iklan yg dorang buat pun tuk jual ruang iklan dlm papper 2…..apa punya bangang la……

    Reply

  32. milo_ping_satu

    May 16. 2008

    hehehe maya… maya…

    betul… hak pengurusan adalah hak sepenuhnya penerbit… ndak pernah aku nafikan… dan ndak boleh aku tidakkan jua…

    tetapi news MeSTI adalah milik masyarakat tawau… sedih rasanya dgn jurang perbezaan informasi berpuluh tahun antara kita dgn bangsa lain…

    kenapa aku kata demikian??? sbb ini adalah sesatunya news dlm bahasa melayu yg mengkisahkan perihal tawau dan pantai timur sabah… ndak ka kita rasa yg kita rasa adalah sebahagian darinya???

    walaupun aku di news lain… dan ndak payah la aku dedahkan identiti aku sbb aku bukannya berniat jahat cuma aku rasa terpanggil utk mengatakan yg benar apabila satu BOLD statement dibuat oleh pihak tertentu yg mengatakan rakan2 ku ada kepentingan peribadi dlm news ini…

    sepatutnya pihak penerbit yg bijak buat dulu kajian ttg pasaran, operasi, pemasaran, kewangan dsbnya utk sykt sustain dlm jangka masa yg lama… ini ndak main ikut selera… zaman sekarang bukan masanya nak berak baru buat jamban…

    sbb apa aku kata demikian… kalian pernah buat paper work perniagaan tak? bila kita buat cashflow sesuatu perniagaan akan defisit selama 3 tahun… dan selepas tempoh tersebut barulah ianya boleh dinilai samada nak diteruskan atau x.

    mcm news ni.. sudahlah urusan mendapatkan permit rakan reporter aku gak di news lain yg buatkan mock copy utk dihantar ke KDN… pastu dia jugak di abaikan begitu sahaja… sbb lain pendapat selepas news ini berjaya diterbitkan…

    mmg la org yg maya katakan tu bijak sgt sbb ada professional profession tetapi dia bijak dlm bidang dia bukan semua bidang… kalau setakat pandai sikit2 tu manada dikira…

    aku ada kata bisnes printing yg dia usahakan xsama dgn news sbb printing base on order jadi barg xrugi… sdgkan paper kena print setiap hari… kalau xlaku basi la…blh buat bungkus basi kuning ekekeke

    klinik lak… mmg di minda kita tmpt org sakit dan leh dpt ubat bila sakit… jadi org akan sentiasa dtg ke klinik bila sakit…

    makanya ketiga2 bisnes yg si polan ni buat mmg XBOLEH disamakan langsung kerana platform nya berbeza…

    aku ada citer best lagi nih… korg tau x diawal penerbitannya diorg print sampai 3000 copy tetapi jualan xpernah capai 1000 pun… sbb team distribution hanya 1 org shj wakakakaka bijak2 penerbit mesti…

    dan dihujung2 nyawa news ni, ianya hanya diterbtkan 3 kali seminggu dgn kekuatan 1000 copy sehari sdgkan jualan maksimum 100 lebih shj…

    ini benar… aku xbuat fitnah… info dari rakanku x mesti yg tgh berduka sbb kena gantung kerja…

    aku ada suruh diorg lapor ke labour court je… dan kami akan membantu diorg buat pc di news kami… tgk la kalau diorg setuju.. tapi kebykan masih sygkan mesti ni bukan sbb xlaku di news lain… tetapi kerana mesti ni bawa jenama TAWAU…

    ps: ada dgr citer ada x ADUN berminat dgn news ni…

    Reply

  33. lilou

    May 16. 2008

    aku sokong milo ping….btul apa yg kau ckp….daripada dorang puglished 1000 keping 2….baik dorang published 200 keping sjak….pastu tambahkan bilangan muka surat….baru ble letak bnyk iklan mcm yellow pages…..dorang kan nak sngt iklan bnyk2….napa dak tambah pages…..jjimbet btul la…..

    Reply

  34. lilou

    May 16. 2008

    aku ni tmgah tunggu brita dari edisi siasat sjak ni…apa plak isu roti kali ni…..hahahaha….

    Reply

  35. bugis_tawau

    May 16. 2008

    iya…aku pun tunggu edisi siasat ni….. apalagi yang dia mau siasat ni ya…..

    Reply

  36. rambo

    May 16. 2008

    baru beberapa hari aku ndak log in sudah berlambak komen di sini….sebenarnya aku pun sudah malas mau fikir pasal paper ni lagi….buat pening kepala saja. kepada semua pihak, selesaikanlah masalah dengan cara yang lebih profesional supaya tidak menjadi buah mulut orang macam sekarang ni. kepada penerbit MESTI, bertindaklah dengan lebih bijak dan cara dewasa sikit dalam mengambil langkah. jangan main cakap saja dan tuduh orang di sekeliling anda. jika tiada mereka mungkin akhbar MESTI ni tak wujud jugak. mereka ni semualah nadi dan penggerak kepada akhbar MESTI. so…respectlah. jangan harap orang jer nak respect kat kita, tapi kita langsung tak respect kat orang.

    Reply

  37. milo_ping_satu

    May 16. 2008

    “dan dihujung2 nyawa news ni, ianya hanya diterbtkan 3 kali seminggu dgn kekuatan 1000 copy sehari sdgkan jualan maksimum 100 lebih shj…”

    SILA ABAIKAN POSTING KE DUA AKU SBB FAKTA SEBENAR ADALAH 300 BUKAN 100… MAAF…

    Reply

  38. err..

    May 16. 2008

    uiks yaka 300 jak??
    cm sgj la bh 2 mo mangasik bankrup..

    Reply

  39. edisi siasat

    May 16. 2008

    masalah demi masalah semakin hebat diperkatakan……
    belum pun selesai satu masalah…..
    timbul pula masalah lain…..

    kali ini krew EDISI SIASAT menyelongkar tentang permasalahan akhbar ini yg hanya diterbitkan seminggu 3 kali……
    lebih teruk lg……
    kuantiti akhbar yg setiap kali dikeluarkan hanya 300 keping shj….
    apa nak jd dgn mereka ini…..

    sama2 kita saksikan kupasan seterusnya,…..

    roti john melaporkan untuk EDISI SIASAT

    Reply

  40. lilou

    May 16. 2008

    gila la usop kau korek crita pasal papper ni,,,,,,napa kau dak published kat papper kau…..mesti gempak….hahahahha…..

    Reply

  41. milo_ping_satu

    May 16. 2008

    milo_ping_satu = usop

    jangan keliru ya……hari ni kepingin pulak mau minum milo ping….

    Reply

  42. bugis_tawau

    May 16. 2008

    apsal malam ni ndak rancak? ndak ramai pulak orang mengutuk ya…..heheheehehe….aku ni tunggu2 jak mau menyalit…

    Reply

  43. lilou

    May 16. 2008

    sapa la ya X ADUN yg mau takeover papper ni……….klu melayu ok la jgak……tp klu cina….hhhmmm bosan jgak…….blk2 cina jak……dorang sdah ada papper sdah la…..bg melayu plak…..

    Reply

  44. Lopak

    May 17. 2008

    Hai semua, wah cita psl paper mesti,hemmmmmm. saya ada juga baca paper mesti, saya suka sangat walaupun tipis sebab made in tawau, betul kah ownerny orang snjng, bole juga yang penting jgn pijak kepala atau tindas kita cukup, tapi kalau lebi lebi kirim salam, saya orang pertama pijak kepalanya pakai selipar jepun.

    Reply

  45. Lopak

    May 17. 2008

    wahai kekawan boleh tahan lah kamu, kamu tau dari dalam kelabu hingga luar kulit masala paper mesti,
    siapa kah kamu sebenarnya ni, hairan kan,
    tapi yang penting paper mesti ini kalau di wujudkan semula saya sokong 100 peratus tapi biarlah perubahan yang baik dan tidak susakan sesiapa,

    Reply

  46. OMBReee

    May 17. 2008

    AI BOLEH TAHAN JUGAK KOMEN2 YANG DIUTARAKAN.MACAM DALAM PARLIMEN PULAK PERDEBATAN YANG DIBUAT.SIAPA PEMBANGKANG SIAPA KERAJAAN JUGAK NI HAH.MAYA KAU JAK YANG JADI SPEAKERNYA.

    HEHEHE INI BUKAN POLITICALS YA.JUST KITA DAPAT RASAKAN IANYA SEPERTINYA.TAPI BEST JUGAK YA TENGOK KOMEN KALIAN SEMUA.

    APA PUN BANYAK YANG TAHU MASALAH DALAMAN SYARIKAT INI YA.BETUL TU CAKAP LOPAK DI ATAS.SEMUA DAPAT MEMBAYANGKAN MASALAH SAMADA DARI PENGURUSAN,EDITORIAL,ATAU NTAH APA2 NTAH.

    KALAU LA ITU YANG BETUL MASALAH BEROUNCA DARIPADA PENGURUSAN TERNYATA IANYA LEMAH DALAM PERNIAGAAN GORENG PISANG.BARU JAK 2 BULAN ON IN TAWAU SUDAH OFF.

    ADAKAH KEUNTUNGAN BELUM DIPEROLEHI ATAU INGIN MENGEJAR KEUNTUNGAN SEMATA-MATA.TAPI KALAU ITU MOTIF DIA BAIK JUGA BAGI DIA TAPI BAGI PEKERJA APA.

    SETAU AKU TANPA WARTAWAN DALAM MEDIA INI DAKKAN NAIK JUGA NEWS N.KENAPA,,IALAH KAN WARTAWAN YANG BIJAK MENGOLAH SESUATU DAN LEBIH2 MEREKA YANG AKAN BERDEPAN DENGAN ORANG RAMAI.

    JADI SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN DALAM HAL INI.BUKAN KATA NAK MENYIBUK HAL ORANG TAPI SAYA SUKA PAPER NI COZ BELUM ADA YANG BOLEH BUAT BERITA DETAIL.APA PN KALAU IA TERBIT LAGI HARAP IANYA BERWAJAH BARU.JANGAN ADA YANG DAK KENA.INGAT JANGAN FIKIR KEUNTUNGAN KALAU TIDAK KITA AKAN DURHAKA.HEHE

    Reply

  47. Wawings

    May 17. 2008

    waw best la bah juga komen atas.banyak pulok komen menghantam pengurusan sykt ini.tapi kalau itulah kenyataan kenapa media sabah timur tutup patut kita laksanakan suara kita.aku ni dak la juga tau menau pasal masalahnya ni.tapi dalam 75% maslaah berpunca daripada kelalaian sales dan iklan.tapikan kenapa editorial dia jak yang bersuara di atas.mana yang lain.especially wartawannya.suarakan la yang sebenar wahai wartawan.kamu jak yang tau masalah.kasian kamu kena gantung kerja.apa pun kalau aku ada buat media cetak ataupub elektronik aku akan ambil kamu.penulisan kamu ada potensi.dan apply la paper lain.sayang dengan pengalaman yang ada.susah mau jadi wartawan ni setahu aku la.apa pun komen la berbis lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    Reply

  48. rubber leg

    May 17. 2008

    ya…..mana wartawan2 sekalian……suarakan la pendapat….luahkan perasaan skit……kami mau jgak dengar……pengurus pemasaran ka klu ada….pereka grafik ka…..smua la…..baru dpt dikenalpasti segala permasalahan…..

    Reply

  49. rubber leg

    May 17. 2008

    kita pulak yg kecoh pasal hal org lain……dorang rilek sjak….hahahhaha…..apa ni wei……besuara la skit ex exMESTI……takut ka…..

    Reply

  50. bugis_tawau

    May 17. 2008

    aku baru bangun tidur ni…..ketawak aku baca komen2 kamu ni bah….tapi betul jugak….harap yang lain tampillah bersuara….untuk memastikan cakap c usop tu betul. sebab dalam paper pun semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat dan komen kan…macam jugak laman web c maya ni.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge