Akhbar MESTI untuk Pantai Timur Sabah.

mesti1

Dalam kehangatan musim pilihanraya 2008, muncul sebuah akhbar tempatan, Media Sabah Timur (KDN:PPH-293/03/3009 (020577)) atau MESTI, yang berpusat di Tawau dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keseluruhan akhbar itu. Akhbar tabloid yang terbit setiap hari itu berukuran A4 dan mempunyai 16 muka surat. MESTI diterbitkan oleh Idaman Publishing (S) Sdn Bhd dan dicetak Innovate Printing Sdn Bhd. Sidang redaksinya pula adalah seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif: Idris Hinayat.
Pengurus: Siti Noor Yusoff
Ketua Pengarang: Sharmila Mohd Ayaz Khan.
Email: editormesti@gmail.com.
Tel: 019-5863858
Wartawan:
1) Noorulzaman Sodiq
Email:nzmesti@gmail.com
Tel: 0198009713
2) Muahlim Lise
Email:halim808@gmail.com
Tel: 0168258525

Pereka Grafik:Yus Design & Fareez Ayaz Khan
Pengurus Pemasaran: Khairool Sazian Kamarulzaman.

Alamat: Media Sabah Timur,
TB 1872 Tingkat 2,
Jalan Paya Bakau Off Jalan Dominic,
91000 Tawau, Sabah.

Jumaat lalu, tergerak hati hendak meninjau akhbar MESTI dan ini adalah antara rekabentuk dan isikandungannya:

mesti2

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

142 Responses to “Akhbar MESTI untuk Pantai Timur Sabah.”

  1. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    wawings, bagus betul kau ni bah….aku cadangkan kau ambil alihlah MESTI ni. mana tahu boleh berkembang. sebab akhbar seperti MESTI ni perlu pengurusan yang bersifat kemanusiaan yang boleh bertolak ansur. bukan yang hanya tahu kerah tenaga pekerja untuk puaskan hati sendiri. bak kata penerbit MESTI sendiri yang mempunyai kepentingan peribadi semata2….dari apa yang aku sudah kaji fakta2 yang diberikan, nampaknya, penerbit MESTI sendiri yang mempunyai kepentingan peribadi dan bukan kakitangan bawahannya. aku pun belajar bidang kaunseling jugak….

    Reply

  2. nasi lemak

    May 17. 2008

    AMBIL PERHATIAN!!!!

    AKU ADA JUAL NASI LEMAK ALA-ALA NASI LEMAK ANTARABANGSA DI KL SANA…

    JEMPUT DATANG KE GERAI SKYSHA CORNER WARNA MERAH KUNING DI TEROWONG KOMPLEK FAJAR SETIAP HARI DARI JAM 7 PAGI HINGGA 3 PTG…

    NASI LEMAK AYAM, NASI LEMAK SOTONG, NASI LEMAK BILIS, NASI LEMAK KERANG DAN LAIN-LAIN LAGI…

    DIJAMIN SEDAP DAN HALAL…

    UTK KETERANGAN LANJUT BLH CALL 012-8188654

    BAIK PUNYA….

    Reply

  3. aku

    May 17. 2008

    Nasi lemak, kalau ko mo biz nasi lemakmu tu dipublish di sini as my posting, email me, boleh diatur sesi pergambarannya.

    p/s: petlah cepat sapa mo ikut pi sana ambil gambar + dpt makan free kah tu ya….

    hahaha…

    Reply

  4. lilou

    May 17. 2008

    aku mau jgak makan fre…..hhahahah…..mantap ka nasi lemaknya 2…..

    Reply

  5. nasi lemak

    May 17. 2008

    mcmana nak email? dan publish kat mana la???

    Reply

  6. aku

    May 17. 2008

    publish di web ni lah… aku mana ada akhbar…

    puadede@gmail.com

    Reply

  7. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    wah…ada jual nasi lemak ala KL lah….bestnya macam yang di bangsar tu ka? aku mau tapau nasi lemak sotong ya….sambal petai ada ka?

    Reply

  8. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    AKU, kau ni marketing manager kat puadede.com ka? berapa lah kalau mau iklan di sini? ok jugak tu sebab ndak da sudah akhbar MESTI kan yang boleh iklan dengan harga 10sen tu….hahahahahhahahahaha

    Reply

  9. aku

    May 17. 2008

    aku = maya.

    Aku tak gunakan khidmat markerting managerlah. Tak mampu eh, lagipun ini web apa juga… lainlah kalau yang besar2.

    Kalau nak iklan percuma, pigi jak letak link kamu di mytawau.com bahagian Directory, sama juga tu, aku juga yang punya web. Tapi kalau nak special news dgn gambar2 tu, kenalah bagi makan free…

    haha…

    Reply

  10. kopipanas

    May 17. 2008

    hmmmmmmm…sedapnya makan nasi lemak makan ngan kopi panas. ini ruangan akhbar MESTI ka ruangan nasi lemak? apa2 pun aku rasa akhbar MESTI ni perlu diteruskan atas permintaan ramai. tapi kekalkan team yang berkualiti dan buang team ndak berkualiti. penerbit MESTI pasti boleh nilai mana yang ada kualiti dan mana yang tidak….lu pikirlah sendiri (bak kata nabil, raja lawak).

    Reply

  11. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    wah…oklah tu nasi lemak….aku mau tumpang sekaki lah masa sesi bergambar tu bolehka? maklumlah…mukaku ndak sempat masuk akhbar MESTI sudah kena stop. Kesian aku. setakat makan free tiada hal punya….eh…aku pulak menyibuk.

    Reply

  12. lilou

    May 17. 2008

    pokoknya nasi lemak free…….hahahahhahahah…..

    Reply

  13. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    aku rasa web mu ni gempak jugaklah maya….boleh bersaing dengan akhbar MESTI…hahahahahahahahha. famos sudah kau ni maya…bagus kau buat gathering. apalagi buat gathering di gerai nasi lemaklah…..

    Reply

  14. Maya

    May 17. 2008

    wah si piramid kalau pasal makan, semua benda dikaitnya… aku cuma curious ni, rupanya banyak komen ni dari IP yang sama, tempat yang sama, pc/laptop yang sama? Hmmmm…

    Reply

  15. Budi

    May 17. 2008

    nasi lemak cikgu d Kelana Jaya tu sedap… hehehe (out of topic)
    Byk IP sama ya Maya? adakah semua post ni dari org yg sama?

    Reply

  16. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    aku ni tengah tunggu penerbit MESTI balas komen2 kita ni….napa diam jak? takut ka? atau sudah mula menyedari kesilapan sendiri? aku ni pun ada pengalaman dalam bidang mass comm ni. jadi aku tau bezakan mana yang benar dan mana yang salah.

    sebab sejak kemunculan paper ni aku ada buat kajian dan soal selidik secara rambang dengan masyarakat Tawau. setiap kali aku akan lawati blog rasmi MESTI jika aku ndak jumpa paper ni di pasaran untuk mengetahui berita2 apa yang di cover.

    setakat ni aku puas hati sebab kebanyakan berita yang di cover mempunyai nilai yang tinggi dan diinginkan di pasaran. aku suka dengan isi kandungan akhbar ini sejak akhir2 penerbitannya yang memuatkan berita pasal pendidikan dan sekolah2 yang mengadakan aktiviti. juga rencana2 yang nampak simple tetapi dapat menarik minat pembaca seperti kisah si pemandu teksi dan kisah si penjahit kasut. walaupun cerita2 sebegini nampak cikai jak bagi golongan profesional tetapi valuenya tinggi dan memberi impak yang sangat kuat kepada pembaca golongan sederhana. kita akan sedar betapa payahnya mereka mencari rezeki kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan. di mana lagi kita akan jumpa cerita2 sebegini kalau bukan di akhbar MESTI?

    kalau pihak penerbitan tukar team editorial, bolehkah mereka mendapatkan berita2 yang mempunyai value tinggi sebegini?

    begitu juga dengan kes-kes polis dan berita tentang rampasan. bukan senang seseorang wartawan untuk cover kes2 begini. memang paper lain pun ada cover, tapi untuk wartawan2 MESTI yang masih baru dalam bidang ini melakukannya dalam jangka masa yang singkat, mendapatkan contact2 yang kuat dari pihak2 tertentu bukanlah perkara mudah.

    selain itu, berita2 sukan yang dimuatkan juga sentiasa up to date dan terkini. ulasan sukan oleh reporter juga sangat membanggakan bagi wartawan2 baru.

    jadi, penerbit boleh fikir sendirilah kalau mau merekrut org baru mungkin akan mengambil masa yang agak lama bagi mengetengahkan mereka ke dunia kewartawanan.

    Reply

  17. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    maya…kau kerja di mana? buatlah gathering jadi ko tahu org yang datang tu org yang sama atau tidak….

    Reply

  18. lilou

    May 17. 2008

    ala kau ni MAYA…..senyap dah la…..buat2 dak tau sjak…..hahahha….

    Reply

  19. piramid_terbalik

    May 17. 2008

    aku mana lah tau pasal IT ni….IP2 ni manalah aku reti….yang aku tau, sejak aku kenalpasti laman web c maya ni aku sudah tertarik sebab dia sediakan ruangan komen. tapi aku cuma minat mau bagi komen di ruangan ini jak. sebab aku memang suka dengan akhbar MESTI tu…. iyalah…satu2nya milik Tawau kan…bangga bah. itu jak yang aku tau maya….ndak salahkan kalau aku bagi komen berdasarkan apa yang aku sudah kaji?

    Reply

  20. bugis_tawau

    May 18. 2008

    napa semua senyap jak malam ni? boringnya akuuuuuu…tidur ka woi? kenapa ndak mengutuk? ndakda kah sudah bahan mau dikutuk?

    Reply

  21. bugis_tawau

    May 18. 2008

    mana roti john ni? hari ni tiada edisi siasat ka? mentang2lah hari sabtu…cuti ka wei?????

    Reply

  22. lilou

    May 18. 2008

    mau tunggu jawapan dari ahli2 MESTI & exMESTI dlu…baru ada point lg mau serang…..

    Reply

  23. keroro

    May 18. 2008

    kaya cik maya dgn hits thread ni saja dah tarik advertising gila2 huhu

    Reply

  24. MR PEACE

    May 19. 2008

    alamak bosan aku dengan hinaan semua ini,apakata kita berdamai semua.heheheh apakata kita pigi ofis dia dan mintak dia buat balik paper ini.ala mogok lapar sampai 5 hari.heheheh mampos.apa pun vote untuk terbitkan semula ramai.harap2 bos dia dapat dan sedar akan kesalahan dan fokus to people tawau request.ok apa pun wartawan dia kawan aku so semua dia tau masalah.

    tapi dia cakap x payala mau hentam company dia.dia tunggu jak rombakan dan percaturan semula.dan dia berharap akan terpilih kembali dalam kumpulan MESTI.

    hah bagi korang kalau masih dak puas hati rasanya korang sendiri dak lama jadi gila.kenapa la kalau kita suarakan sokongan untuk terbitkan kembali paper ni agar ianya menjadi satu kemudahan buat warga tawau.

    apa macam maya kau setuju jugak kan cadangan aku.kalau kita asyik mau berperang tapi ntah dengan sapa dakda la berentinya itu.bagus kita suarakan satu semangat cintakan MEDIA SABAH TIMUR.

    oi bosssssssssssssssss MESTI wujudkan semula berita tawau aku jamin aku beli setiap keluaran.dengarlah suara rakyat tawau yang minat terhadap produk encik

    Reply

  25. MR PEACE

    May 19. 2008

    terbitkan semula MESTI
    terbitkan semula tawau paper
    ayoh kembalikan koran tawau
    kasi keluar malik sulat kabargh ini tawau ma..
    anneh mana adda itu surat khabar.kasi kulluar lagi dey tambi mai bacca sama makan roti canai.dey tambi mana daah..
    anna buss kaluar mu la MESTI ini bah.matai kita dak tabaca surat kabar berita tawau ini.matai tok
    oh daeng kasik keluar memang sebelum aku beli surat kabar cina tho

    Reply

  26. MR PEACE

    May 19. 2008

    oh ya aku mau kirin email sama semua yang terlibat dalam kerja mesti n dapat kan masalahnya.apa pun aku mau email dengan wartawannya dulu n editor dia.hehhehe see all again.

    PEACEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
    MALAYSIA 4 PEACEEEEEEEEEEEEEEEEEE

    Reply

  27. editor_mesti

    May 19. 2008

    MR PEACE…. terima kasihlah atas sokongan anda terhadap akhbar mesti….sebagai individu yang pernah berada di bawah satu bumbung dengan pengurusan MESTI, kami juga (saya sendiri bersama ngan wartawan2) menyokong penuh akhbar ini diterbitkan semula. kalaupun tenaga kami sudah tidak diperlukan lagi, kami terima. diharap biarlah akhbar ini nanti lebih baik corak pengurusannya berbanding dulu. setiap individu atau team kena tahu apa yang terbaik untuk team masing2.ingatlah fungsi akhbar yang sebenarnya adalah sebagai penyambung lidah rakyat juga menyuarakan pandangan serta permasalahan rakyat. janganlah gunakan akhbar untuk kepentingan peribadi dan mempopularkan individu tertentu.

    p/s: masih tunggu email dari MR PEACE…..:)

    Reply

  28. lilou

    May 19. 2008

    wei peace….dak paya kau mau email2…..tulis jak kat c ni…..biar smua org nampak…..live….

    Reply

  29. stringer of strangers

    May 21. 2008

    salam…saya antara stringer d Mesti, baru brkesempatan masuk quorum di sini…nmpknya plbgai phk saling tuduh-menuduh antara 1 sama lain.sprkara yg pasti ada x-reporter Mesti yg dpt twrn dari media lain…itu sahaja yg nak saya laporkan.sekian.tq

    Reply

  30. Maya

    May 21. 2008

    Good news… semoga dia berjaya.

    Reply

  31. lilou

    May 21. 2008

    ok la 2 dapat tawaran….ble la blanja minum2…….

    Reply

  32. Maya

    May 22. 2008

    Ndak payah blanja minum, ikut jak dia pi function di hotel2, gerenti ada makan2 punya.

    Reply

  33. friendly

    May 22. 2008

    mak ai…. 132 komen…. kalau buat forum lagi baik…. hehe… oiiii…. sapa mau blanja aku pegi fun fair…….. :)

    Reply

  34. lilou

    May 22. 2008

    funfair 2 dak confirm lg buka ka tidak….so rilek dlu…..hahahaha…..

    Reply

  35. friendly

    May 22. 2008

    kalo bukak lilou blanja…. heheheee…

    Reply

  36. lilou

    May 22. 2008

    aku dak ble blanja…suruh c MAYA…dia kaya…hahahahha…

    Reply

  37. Maya

    May 22. 2008

    kalau belanja makankah, minumkah, sanggar kongpah kah, aku on jak, tapi funfair, apa yang mo dibelanja? ko mo naik roda tinggi tu? tecabutlah tu obengnya… hahaha

    Reply

  38. piramid_terbalik

    May 23. 2008

    baguslah tu….buat x-reporter MESTI yang dapat tawaran tu, tahniah diucapkan. janganlah mengharapkan buah yang ndakkan gugur kan….baik rebut jak peluang yang ada. tapi kami masih harap agar MESTI diterbitkan semula untuk kepentingan masyarakat Tawau. sekarang ni orang Tawau susah mau dapatkan maklumat dan berita yang betul2 dari Tawau.

    MAYA, kalau kau mau belanja jangan lupa aku sekali ya…. best tu pisang goreng sama ABC milo…mmmmmmmmmmmm

    Reply

  39. lilou

    May 23. 2008

    no problem busss………..

    Reply

  40. piramid_terbalik

    May 29. 2008

    napa senyap pulak semua? mana PENERBIT MESTI? kenapa ndak tampil pertahankan diri. banyak betul hujah2 yang menunjukkan kesilapan daripada pihak pengurusan. apa langkah penerbit mesti seterusnya? ndakkan senyap terus? apa cerita MESTI?ndakkan lenyap macam tu saja. janganlah sia2kan usaha org2 yang banyak membantu awak tu…..

    Reply

  41. tukang update

    Jun 13. 2008

    cuma mau update…..

    1. Sekarang ni sudah kurang sikit sampah yg berlonggok di bandar Tawau. banyak sudah lori2 sampah yang berkeluaran memungut sampah. Tahniah MPT and especially MESTI.

    2. Ada sesetengah peniaga pasar ikan yang tidak mahu menjual ikan2 yang kurang elok (busuk dan buruk) kepada pembeli sebab takut disiarkan dalam paper. Tahniah sekali lagi buat MESTI.

    3. Latest update….. Jalan Chester akan ditukar kepada Jalan Masjid hasil komen reporter MESTI mengenai jalan2 di Tawau yang tidak bercorak kebangsaan. Tahniah….Tahniah dan Tahniah MESTI.

    sekurang2nya ada jugak jasa bekas2 warga MESTI kepada warga Tawau kalaupun dia akan terkubur satu hari nanti atau tenaga org2 yg banyak berjasa sudah tidak digunakan lagi….adios….

    Reply

  42. wira

    Aug 05. 2009

    lewat peper MESTI ini awak cari Frend bernama boni chang vun por,
    bisa ngk cari alamat & no telefon nya. Boni toke berada di tawau anak dari cangping.
    cant person me 081615110669

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge