AF8 Anum Rock Tawau

Siapa yang berani buat aksi seperti Anum (Dayang Nor Anum Arjuna Aharun) seperti dalam persembahan pembukaan Akademi Fantasia musim ke-8 semalam. Dia berbaring selamba di atas pentas dan kemudian merangkak sambil menyanyikan lagu rock Pelesit Kota. Memang nampak ganas, seganas identiti remaja Tawau, walaupun ganas tapi tetap layan jiwang. Memang betul kata Pak Nil (Aznil Hj Nawawi), Anum berjaya membuka mata orang, apa pun orang nak cakap, orang dah ingat Anum, itulah artis yang guling2 masa mula itu…

Download : Anum AF8 – Pelesit Kota

Pagi tadi semasa bersarapan di Restoran Sri Pantai, Tawau, aku sudah mula terdengar orang memperkatakan Anum, wah semalam ada budak Tawau dalam AF, dia rock, sampai guling2 di pentas, merangkak macam harimau.

Siapapun Anum sebelum ini, aku berharap dia mampu menjadi diri sendiri, mampu menyesuaikan diri dalam dunia seni dan lebih menyinar berbanding Mas dan Yazer. Lastly, aku doakan Anum membuat yang terbaik, belajar menjadi baik dan berjaya menghadapi cabaran di akademi juga selepas tamat musim AF 8.


Biodata Anum AF8

NAMA: Dayang Nor Anum Arjuan Aharun
NAMA PANGGILAN: Anum
TARIKH LAHIR: 3 Ogos 1991
TEMPAT LAHIR: Hospital Tawau, Sabah
UMUR: 19 tahun
BANGSA: Brunei
AGAMA: Islam
TINGGI: 159 sm
BERAT: 49 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Lepasan SPM
PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM
NAMA BAPA: Aharun Awang (52 tahun)
PEKERJAAN BAPA: Guru
NAMA IBU: Susan Mohamad (44 tahun)
PEKERJAAN IBU: Suri Rumah
ADIK BERADIK: 10 orang (anak ke-3)
HOBI: Menyanyi, Ketawa & Baca komik
GAMBARAN PERIBADI: Periang, berjiwa rockers
MAKANAN KEGEMARAN: Kuew Teow goreng ayam
MINUMAN KEGEMARAN: Teh Ais
MUZIK KEGEMARAN: Rock
PELAKON LELAKI KEGEMARAN: Apek, Rosyam Nor
PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN: Scha Al-Yahya & Nora Danish
PENYANYI LELAKI KEGEMARAN: Amy Search
PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN: Ella
FILEM / DRAMA KEGEMARAN: Twilight & Tasbih Cinta
FESYEN KEGEMARAN: Rock Chic
WARNA: Hitam & Pink

Sumber: murai.com.my

Related Posts with Thumbnails

Comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

7 Responses to “AF8 Anum Rock Tawau”

  1. apasian
    14/03/2010 at 6:03 PM #

    betul ba bdk twu msk af.? haha.. x taw plak.. kompem rajin pg abc dulu2 tu.. hehe

    Reply

  2. 14/03/2010 at 7:01 PM #

    aku mula melihat sisi gelap ini AF. serius.

    Reply

  3. 15/03/2010 at 4:42 AM #

    masa pergi KK 2 tahun sudah, fenomena AF sgt meriah di sana…
    mlm yg sama ada perlawanan bola EPL, kami cari tak ada satu kedai pun yang buka channel bola
    hehehe….
    .-= kujie´s last blog ..Cara Letak Code Iklan Dibawah Setiap Post =-.

    Reply

  4. friendly
    15/03/2010 at 2:15 PM #

    pertanyaan aku sama ngan adlin… kenapa harus “pelesit kota”…????
    .-= friendly´s last blog ..Aku Mula Mengerti, Sedar Dan Faham. =-.

    Reply

  5. aidi
    05/04/2010 at 12:38 PM #

    Lingkup abis. dah tak ada adab ketimuran lagi. lingkup……………………. malu mak bapak saja.

    Reply

  6. akuh*jEe*
    05/04/2010 at 2:13 PM #

    dyE cuTe cGt..!!!

    Reply

  7. 14/04/2010 at 1:58 AM #

    anum rockkk..
    .-= aki´s last blog ..Si aki boleh, kita boleh, semua boleh =) =-.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge