Ianya sudah berlalu, segala yang telah aku usahakan bersama rakan-rakan selama hampir 2 minggu telah diterjemahkan pada Sabtu, 5 Mei 2012. Ianya berlalu dengan tenang setelah gelora di harijadinya. Terima kasih kepada yang sudi datang, yang tidak datang tapi berminat mahu tahu pengisiannya kalian boleh dapatkannya di entry aku sebelumnya.
Tajuk memang sengaja aku buat begitu, bukan aku mau provok atau merendah-rendahkan kreadibiliti blogger papagomo tu… jadi mamagomo di internet ini pun aku akan berkira melakukannya. Tapi aku ambil tajuk itu sempena ada bual bicara bisikan tidak puas hati dengan kehadiran papagomo di konvensyen media sosial di Tawau baru-baru ini.
Bagi aku, itu penafsirannya, pemahaman serta penerimaannya terhadap siapa itu papagomo. Yang pasti aku ada menyimpan nota kecil seperti di bawah ini… betul bukan dia atau dialah papagomo, pendekatan aku cukup mudah, fikir secara logik, terima secara positif.

-Nama Wan Azri
-Mula menulis blog tahun 1998
bantahan kebencian beliau terhadap pembohongan pembangkang terutama sekali Anwar Ibrahim.
-Beliau juga adalah pemilik portal KLPOS.COM
Dia juga sering difitnah kan sebagai papagomo
Aku masih ingat satu kata-katanya lebih kurang begini:
Kami di sana, kalau cakap lembut tidak ada yang dengar, bila berkasar bahasa, ramai yang ambil peduli.
Sejenak aku fikir, mungkinkah budaya sebegitu akan menjalar masuk ke sini. Bahasa yang kesat sahaja yang memenuhi ruang penulisan, ruang bicara kedai kopi, ruang bicara bersama keluarga, rakan-rakan dll…
Adakah dengan berkata-kata mengikut trend sekeliling itu menterjemahkan mereka orang bandar besar, kata-kata yang semua orang pasti dengar? Tawau tetap Tawau, semoga Tawau tidak ke arah itu.
Positifnya, dengan kehadiran Wan Azri ini, aku menyedari masih banyak peluang penulisan terbentang luas untuk aku cuba, untuk aku pelajari, untuk aku kuasai. Ambil yang baik, buang yang buruk yang tidak sesuai untuk kamu.
Aku juga menyedari sesuatu darinya, segala yang dilakukannya kini pasti ada sebab dan akibatnya, dia sedang melalui itu… tidak dapat aku tanyakan dia hal ini kerana dia belum jalani pengalamannya sepenuhnya. Bak kata orang, minta nasihat biarlah dengan orang yang tepat.
Aku masih ingat seseorang pernah berkata kepadaku:
Orang yang mampu membina peluang dan merebut peluang yang tidak pernah orang sedari ruangnya adalah peneraju. Bila kamu berada di keadaan itu, kamulah orang yang berfikir diluar kotak pemikiran biasa.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments





