Beberapa hari lalu aku bertemu dengan seorang teman yang agak lama aku kenali. Dia tidak banyak berubah, senyumannya tetap sama, memek mukanya tetap sama, loghat bahasanya tetap sama… cuma yang berbeza, dia kini sudah lantang untuk membicarakan sesuatu…
Ko bah ni kan pok
Ya, aku lah… masih kerja di sini?
Yabah, eh apa ko buat di sini?
Dari jumpa si anu, buat dan hantar news.
Wah kamu sekarang bukan main… berhenti-hentilah membohong rakyat!
Apa? bohong rakyat?
bla bla bla…
Aku berlalu namun di kepalaku apakah maksud di sebalik kata-katanya… berhenti-hentilah membohong rakyat!
- Kenapa perlu wujud kata-kata itu?
- Adakah aku terlibat dalam pembohongan rakyat?
- Siapa yang dia maksudkan pembohong rakyat?
Statementku… kalau itu periuk nasi kamu, kenapa bukan kamu sahaja yang berhenti membohongi rakyat?
Bagi aku, aku berada di landasan yang betul, melakukan kerja-kerja yang aku minati – menulis. Yang aku tulis bukan satu pembohongan, tapi kenyataan pada satu realiti, aku turun padang, aku lihat, aku dengar, aku teliti, aku tulis.
Daripada kerja-kerja yang aku buat ini dilakukan oleh mereka yang tidak tahu etika, tidak tahu menulis, tidak tahu mengurus sumber tepat… baik aku saja yang lakukannya, kerana aku tahu melakukan kerja-kerja ini dan aku ada pengalaman untuk melakukannya. Biarlah orang lain melabel aku dengan pelbagai gelaran, berkata aku di belakang, mengumpat aku dengan fitnah… itu masalah kamu dengan Tuhan.
Comments
Powered by Facebook Comments









lain macam jak bunyinya ni “berhenti-hentilah membohong rakyat!”
kita bukan orang politik, buat apa mo bohong rakyat.
kita sebagai warganegara Malaysia, dan kita ada hak untuk bersuara.
Reply
kata2 seperti itu pastinyaa akan membikin panaas~~~
Reply
Tulis surat khabar memang tak semua betul.
kita sebagai manusia kena turun padang, cari
bukti sendiri….dah kerja tu kita punya…
Ali ridha recently posted..Kahwin ustaz tak seronok
Reply
ada kaitan sama kes suratkabar metro tu kali…
Reply