Happy Birthday AdrySabry.Com

Sudah lama aku tidak menghadiri majlis hari jadi since aku pun sudah tidak menyambutnya lagi. Bila melihat angka aku, semacam baru semalam aku berumur belasan tahun. Hehehe. Malam tadi adalah hari yang bermakna untuk seorang sahabat di TBU, adrysabry dan bagi memenuhi permintaannya, aku hadiri juga majlis itu dengan harapan kehadiran aku dan rakan-rakan yang lain dapat memberi kegembiraan kepadanya kerana dia seorang yang yatim piatu. Bila dah kumpul ramai-ramai seperti ini, kami seperti adik beradik, riuh rendah jadinya dan itulah kami, keluarga TBU.
Adry dan keluarga, terima kasih kerana menjemputku…mak aku pun suka soto banjar yang kamu masak tu.







