Puadede.Com

  • Home
  • Bahasa Tawau
  • Cronies
  • Email Me
  • Lagu Negeri
  • MP3

Archive for October, 2008

Sumbanglah tulisan anda di library

Posted on the October 29th, 2008 under Blog by Maya

Semalam seawal 8 pagi lagi, aku dan Tawau Bloggers Unity (TBU) yang lain mengikuti Seminar Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah Pindaan 2007 di Perpustakaan Wilayah Tawau. Mulanya agak kekok dan segan juga kerana peserta yang menghadiri seminar ini adalah golongan pengamal media wartawan, jurugambar, DJ, pegawai kerajaan dan guru-guru (ada juga beberapa guru adalah bekas guruku), sedangkan aku hanyalah seorang penulis blog yang menjadikan medium alam maya sebagai destinasi penerbitanku.

Apa kaitan aku dengan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah Pindaan 2007? Ketua Bahagian Penyerahan Koleksi Perpustakaan Negeri Sabah, Puan Christina Jaisah Kahar mula tampil memberi ceramahnya “Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah (Pindaan) 2007 dan Peranannya Ke Arah Membina Koleksi Negeri” yang dihurai satu persatu isinya dengan teliti…. Namun kepalaku masih tertanya-tanya dengan soalan yang sama… Apa kaitan aku dengan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah Pindaan 2007 ini?

Sejam kemudian, Puan Christina tidak beganjak dari menguasai pembesar suara penceramah kerana menurutnya, dia diamanahkan untuk menyampaikan ceramah kedua kerana penceramah jemputan dari Perpustakaan Negara tidak dapat hadir. Aku fikir, its ok… kerana Puan Christina sememangnya pakar dalam hal-hal perpustakaan kerana memiliki master dalam bidang ini. Dia mungkin dapat memberitahu aku kenapa aku sebagai bloggers perlu ada untuk mendengarnya. Dia pun menyambung “Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 33`) dan International Standart Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN).

Aku still blank… Rakan-rakan TBU mengusulkan untuk bertanya soalan, aku reka soalan tapi dalam kepalaku, bloggers berbeza dengan pengamal media atau penulis buku kerana hasil terbitan mereka boleh disentuh dan dijilidkan untuk himpunan perpustakaan… Aku diam mendengar dan meneliti soalan-soalan yang ditanya oleh peserta yang lain.

“Mestikah bahan yang disumbangkan untuk koleksi dalam enakmen ini perlu boleh disentuh fizikalnya, bagaimana pula dengan karya penulis internet seperti bloggers yang turut mempunyai karya penulisan dan artikel yang boleh ditatap oleh generasi akan datang?

Kepada rakan-rakan bloggers, sebenarnya kita boleh menyumbang koleksi berkualiti dalam blog kita untuk dijadikan simpanan perpustakaan agar generasi akan datang dapat melihat apa yang telah kita tulis di internet ini…

Caranya? Kesemua artikel yang terbaik boleh diprint dan dibinding dengan cantik sebanyak 3 salinan dan serahkannya kepada perpustakaan… Kebaikannya? Ala.. supaya anak cucu generasi akan datang mengetahui kewujudan dan kualiti kerja kita sebagai rujukan mereka.

Kelak, akan adalah cucu-cicit kita berkata:
“wahh dulu atuk aku pernah menulis tips untuk menjana duit melalui internet, nenek aku pernah ikut bengkel penulisan adsense…. dan sebagainyalah…

  • Read More
  • 20 Comments

Kemeriahan Aidilfitri Anak Yatim Arroudhah

Posted on the October 27th, 2008 under Blog by Maya

Dalam usaha untuk melahirkan rasa prihatin umat Islam kepada mereka yang sentiasa memerlukan serta memuliakan bulan Ramadhan Al Mubarak pihak Hotel King Park Tawau, Jeddy Jairul dan Ezza Fazlina Jamlidi bersama Tawau Bloggers Unity (TBU) mengadakan Majlis Malam Mesra Idil Fitri Bersama Anak-Anak Yatim Arraudhoh Tawau.

Majlis berlangsung dengan mesra dan keceriaan diwajah anak-anak yatim terserlah kerana malam istimewa mereka mendapat sentuhan kasih seorang pemimpin, dimana YB Datuk Hj.Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan dan isteri telah hadir pada majlis ini. TBU difahamkan bahawa Yang Berhormat menerima berita majlis ini di saat-saat akhir yang juga bersamaan dengan satu jemputan lain, namun YB telah menggunakan ruang yang ada bagi menghadiri majlis idil fitri ini untuk bersama-sama dengan Anak-Anak Yatim Arraudhoh.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Datuk dan Datin kerana sudi meluangkan masa bersama bagi menggembirakan anak-anak yatim ini. Pengumuman peruntukkan yang diumumkan oleh Datuk juga cukup membuat kami lega dan ianya pastinya dapat meringankan lagi bebanan rumah anak yatim ini. Kehadiran dermawan-dermawan sekitar Tawau juga telah menambah kegembiraan di hati anak-anak yatim serta pengurusan rumah anak yatim ini kerana inilah peluang mereka mengenali wajah-wajah yang memberi mereka kehidupan yang lebih bermakna di rumah anak yatim selama ini.

  • Read More
  • 7 Comments

Giant Tawau

Posted on the October 26th, 2008 under Event by Maya

Satu malam aku nonton TV dan aku takkan lupa dialog pelawak itu… Katanya lebih kurang begini:

Kenapa Doremon tidak mahu datang Malaysia?
Sebab di Malaysia ada GIANT…!

Tawau pun adabah sudah….

  • Read More
  • 12 Comments

Tanda masih virgin

Posted on the October 25th, 2008 under Blog by Maya

Pasangan hidup adalah salah satu hal yang amat menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah didalam keluarga. Tentunya selain ketaqwaan, nasab (garis keturunan) dan memiliki sedikit harta (bukan dalam artian matre), kecantikan serta keperawanan seorang gadis sangat dianjurkan dan menentukan dalam memilih pasangan. Berikut ada sedikit tips corat-coret untuk melihat seorang gadis yang masih suci. semoga dapat bermanfaat, dan ini adalah tips buat ikhwan-ikhwan yang benar-benar mau membina rumah tangga, jadi jangan disalah gunakan ya…

  • Read More
  • No Comments

Bantulah Adik Khadizah…

Posted on the October 23rd, 2008 under Tawau by Maya

Nafasnya masih panjang, semangatnya begitu kuat dan ketika melihat raut wajahnya, adik Khadizah Binti Tinie, 9 tahun, begitu berharap agar dia masih boleh kembali riang sama seperti rakan-rakannya lain. Siapa menyangka, kejadian ngeri pelajar Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Skim Cocos, Kunak ini dilanggar lori Isnin lalu membuatnya terpaksa berjuang dengan tabah dan cekal.

Ketika menemui adik ini yang terlantar lemah begitu tersentuh apabila melihatnya seakan mahu berbicara dengan keluarganya, namun anak matanya sahaja yang menafsirkannya. Tawau Bloggers Unity (TBU) yang mengetahui kemalangan ini lewat daripada ahli TBU, Ezza, yang juga guru kepada adik ini agak tersentuh melihat penderitaannya dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati kami.

Menurut cerita ahli keluarganya, Khadizah, seperti hari-hari biasa akan berkayuh basikal untuk pulang dari sekolah dengan rakan-rakannya. Dengan tanpa diduga, tayar basikal rakannya terlanggar tayarnya yang mengakibatkan dia hilang kawalan. Tiba-tiba sebuah lori 10 tan yang memuatkan kelapa sawit melanggarnya dan mengakibatkan kulit kepala Khatijah terkoyak, tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas.

Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. TBU dengan persetujuan ahli keluarga adik ini sepakat untuk membenarkan TBU menyiarkan kisah adik ini dengan harapan ada insan yang mahu menghulurkan bantuan derma bagi meringankan beban keluarga ini.

Dijangka adik ini akan menjalani pembedahan pada tulang rahang dan tulang pipinya yang patah, pembedahan menggantikan tulang lengannya kepada besi serta pembedahan menampal lutut kirinya yang berlubang menggunakan isi paha kanan.

Anda boleh menyalurkannya bantuan ikhlas kepada Bendahari TBU:

  • Read More
  • 1 Comment

Usaha atasi jammed di bandar Tawau.

Posted on the October 17th, 2008 under Tawau by Maya

Perasan atau tidak, sudah hampir seminggu jalan-jalan di bandar Tawau telah berubah.  Beberapa jalan utama sekitar bandar telah diubah menjadi laluan 2 ways yang lebih luas dan selesa.  Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama pihak berkuasa yang lain telah mengambil keputusan dengan menghapuskan beberapa kawasan letak kereta yang sebenarnya menjadi punca masalah kesesakan teruk di tengah bandar Tawau.  Alhamdulillah, ini satu perubahan untuk kebaikan semua pihak.

Kini, di kawasan depan Maybank, depan West Point (ada lagi kah kawasan lain?) tidak lagi sesak yang melampau2… Dengan kata lain, tidak wujud double parking dan nak tunggu2 kereta keluar dari parking lagi… Kalau ada pun memang perlu uniform putih berkilau tu layang kertas saman… Perubahan ini sememangnya menyenangkan mata memandang, meredakan hati yang selalunya panas akibat kesesakan juga mengelakkan lebih ramai lagi orang Tawau darah tinggi kerana tekanan… hehehe

  • Read More
  • 16 Comments
Older Entries

Shout Box

Wowzio
grab this · lifestyle blog

Entry Terkini

  • Kisah Tali Pinggang Belakang
  • Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 3)
  • Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 2)
  • Hot di Tawau sepanjang 2008 part 1
  • 107 Hari Kapal Terkandas di Tawau
  • Kisah aku dalam gambar…
  • Puadede.Com kini pakai wordpress 2.7
  • Al-Fatihah untuk Kak Suarti
  • Cuti & Rehat

Komen Terkini

  • Adry on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • sankai on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • ucupKun on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • The Writer on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • cikEyda on Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 3)
  • angriani on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • Maya on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • The Writer on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • anonymous on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • kanjo on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam

RSS Berita Harian

  • Menyorok sejam elak terbakar
  • Cengal RM360,000 dirampas
  • Imigresen tidak hebah sistem rosak
  • Family Dr bantu ketahanan badan

RSS Metro

  • Azimat kaki kebas

RSS Arena Metro

  • Utamakan imej negara
  • Sambar peluang
  • Gerrard kembali berlatih
www.website-hit-counters.com
free hit counter


Powered by  MyPagerank.Net

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net

Rakan

  • A.J Azahar
  • Akusape Din
  • Album Kasih Photographer
  • amanz
  • Arman
  • Borneo Bloggers
  • Keroro
  • Kg Brantian Baru
  • Madie
  • Mas Mohd Yunus
  • Menteil
  • Metz
  • Persis Mutiara
  • Reben Merah
  • Saiful Nang
  • Shafik
  • Shueqry
  • WSPang Photography

Special Link

  • Floating Semporna
  • Jebat
  • Joomla Malaysia
  • MasterScript OtaiFM
  • PDRM Tawau
  • SK Titingan
  • SM Teknik Tawau
  • Tawau FM

Special TBU

  • Adry Sabry
  • Angriani World
  • Anne
  • Budihermawan
  • CSankai
  • Don
  • Eyda
  • friendly81
  • Junaidi
  • Lawa
  • Like a rose
  • Nonoi
  • Romzi
  • Sabrina
  • TAWAU BLOGGERS
  • Wilson
  • Wunabarakati

Tawau Alternatif Media

  • PBS Sri Tanjong
  • Pemuda PAS Tawau
  • YB Jimmy Wong
  • YB Pang Yuk Ming

Puadede.Com Online Sejak Jan 2008 | Proud To Be Tawau Bloggers Unity| Powered by WordPress.