Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada pengunjung laman web ini sekiranya sepanjang Puadede.Com berada di alam maya internet, ianya pernah mengakibatkan anda berasa marah, tidak puas hati dan sebagainya. Saya tahu kewujudan web ini ada yang tak kena dan kerana itulah di kesempatan ini saya memohon maaf tulus dari hati saya, pemilik laman web ini. Sejak dulu lagi, saya tetap mengalu-alukan komen dan teguran anda demi membangunkan kemantapan web ini di masa akan datang.
Kepada rakan-rakan yang mengenali saya sebenarnya, saya juga memohon maaf, saya tahu terlalu banyak salah silap saya kepada kalian… Jemput datang ke rumah, tapi sebelum itu, sms / telefon dulu… mana tau lauk tak cukup… Raya tahun ni aku masak nasi beriani dan ayam panggang madu, so sapa2 mau merasa, silakan datang…







