Puadede.Com

  • Home
  • Bahasa Tawau
  • Cronies
  • Email Me
  • Lagu Negeri
  • MP3

Archive for July, 2008

Al-Fatihah…

Posted on the July 29th, 2008 under Am by Maya

Semuanya berlalu terlalu pantas dan kini hanya tinggal kenangan bersamanya. Rasanya baru semalam dia meminta bubur dan dikatakan padaku, bubur itu sedap dan menyelerakannya. Juga baru semalam, aku melihat anak-anaknya menarik nafas lega kerana itulah kali pertama mereka melihatnya seakan sihat dan bertenaga. Anak perempuannya yang begitu akrab dengannya juga mengatakan kepadaku, bahawa bubur itulah yang perlu dibawanya hari-hari ketika melawatnya.

Namun petang itu, mak dan bapaku memberi khabar pelik, namun aku teruskan juga sesi bengkel Tawau Bloggers kerana itu satu janji yang perlu ditunaikan.  Selesai acara bengkel, tiba sahaja di rumah aku bergegas mencapai apa yang patut lalu ke hospital dan segalanya berakhir selepas azan subuh. Ini pengalaman pertama untukku untuk menemaninya dan akhirnya menyaksikan pemergiannya.

Semoga pemergianmu dicucuri rahmat… Al-Fatihah.

  • Read More
  • 11 Comments

Bengkel Web & Iklan jana revolusi blog Tawau.

Posted on the July 29th, 2008 under Blog by Maya

Seperti yang dirancang, Bengkel Web & Iklan Tawau Bloggers yang berlangsung Ahad lalu di Tawau Net berjaya mencapai matlamat dengan memberi cetusan idea penulisan dan penyampaian iklan yang lebih berkesan kepada pesertanya. Gabungan idea peserta bengkel Wunabarakati, Sankai, Angrianiworld, Friendly81 dan Puadede mencetuskan satu lagi sejarah buat kami yang bergelar Tawau Bloggers.

Sebelum bengkel ini, aku sendiri tidak perasan ada benda-benda tersembunyi yang sebenarnya amat penting dalam penyampaian blog dan iklan.  Rakan-rakan yang lain juga sedemikian dan sepanjang bengkel ini, kami lebih banyak berbincang dan mempraktikkan tips-tips yang mengelirukan dan hasilnya, kami merasakan satu perubahan perlu dimulakan dari sekarang.  Perubahan pada blog-blog yang akan mewarnai persada dunia maya melalui penyampaian yang berkesan.

Memang agak berbeza sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara dari pembacaan sahaja, berbanding mengetahui dari pembacaan dan dipraktikkan dengan sokongan dan batuan rakan-rakan yang pakar.Terima kasih kepada Tawau Bloggers kerana sudi bertukar-tukar pendapat dan tips-tips berkesan dan Insyaallah, di lain masa, sesi kedua bengkel pasti dapat dijalankan.

  • Read More
  • 6 Comments

Bengkel Web & Iklan

Posted on the July 24th, 2008 under Blog by Maya

Insyaallah, tidak ada aral melintang atau sebarang kesulitan terutamanya line streamyx (yang selalu mengong) Tawau Bloggers diminta berkumpul untuk mengikuti Bengkel Web & Iklan (Adsense, Nuffnang, AdBrite dan seangkatannya). Tiada sebarang yuran dikenakan, aku sponser fasiliti untuk event ini.  Bab makan, tamat bengkel baru cerita… Siapa pengendali bengkel? Semestinya Alwis Bunga Berkat. Oh ya, janganlah lupa bawa apa yang patut, sebab banyak yang boleh dibincang dan diperbaiki semasa bengkel ini nanti. Sesiapa nak datang, sila maklumkan kepada saya sebelum atau pada hari Sabtu.

  • Read More
  • 22 Comments

Hire Tawau Bloggers for web review

Posted on the July 23rd, 2008 under Blog by Maya

Hire Tawau Bloggers for web review adalah aktiviti yang mengambil konsep TV3 “Jalan-jalan cari makan” namun ianya diperluaskan konsep dan skopnya. Ianya adalah percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan kami untuk aktiviti ini.

  • Read More
  • 3 Comments

Siapa Tawau Bloggers?

Posted on the July 23rd, 2008 under Blog by Maya

Tawau Bloggers bukanlah sebuah persatuan atau pertubuhan rasmi yang mewakili mana-mana pihak yang berkepentingan tapi ia hanyalah kelompok penulis laman blog di daerah Tawau. Penulis blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, pendidikan, usia dan pengalaman hidup namun persefahaman dan kematangan mahu membentuk budaya blog yang sihat di Tawau adalah antara persamaan kami.

  • Read More
  • 15 Comments

Sabahan Bloggers Gathering 2 Ogos

Posted on the July 19th, 2008 under Blog by Maya

Aku telah dimaklumkan oleh seorang teman bahawa satu perjumpaan @ gathering besar-besaran yang menghimpunkan bloggers dari Sabah akan diadakan awal bulan depan. Aku rasa Sabahan Bloggers Gathering ini pasti happening kerana lebih 100 orang sudah mengesahkan kehadiran mereka.  So apa lagi bloggers Tawau, macam mana planning kita? Nak join or Not?

Berikut adalah info gath tersebut:

SPONSER: NUFFNANG, EXABYTE & CANON.
TARIKH: 2 Ogos 2008 ( Sabtu ).
MASA: 6.15 Petang.
TEMPAT: Imperial Hotel, Warisan Square.
YURAN GATH: RM20.

  • Read More
  • 28 Comments
Older Entries

Shout Box

Wowzio
grab this · lifestyle blog

Entry Terkini

  • Kisah Tali Pinggang Belakang
  • Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 3)
  • Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 2)
  • Hot di Tawau sepanjang 2008 part 1
  • 107 Hari Kapal Terkandas di Tawau
  • Kisah aku dalam gambar…
  • Puadede.Com kini pakai wordpress 2.7
  • Al-Fatihah untuk Kak Suarti
  • Cuti & Rehat

Komen Terkini

  • Adry on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • sankai on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • ucupKun on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • The Writer on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • cikEyda on Hot Di Tawau sepanjang 2008 (Part 3)
  • angriani on Kisah Tali Pinggang Belakang
  • Maya on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • The Writer on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • anonymous on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam
  • kanjo on Pemangku Ketua Polis Tawau Parah Ditikam

RSS Berita Harian

  • Penambahbaikan diteruskan
  • KL serah nota bantahan kecam serangan di Gaza
  • KDN siasat dakwaan Thailand
  • BN tak gentar ramai calon

RSS Metro

  • Azimat kaki kebas

RSS Arena Metro

  • Utamakan imej negara
  • Sambar peluang
  • Gerrard kembali berlatih
www.website-hit-counters.com
free hit counter


Powered by  MyPagerank.Net

Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net

Rakan

  • A.J Azahar
  • Akusape Din
  • Album Kasih Photographer
  • amanz
  • Arman
  • Borneo Bloggers
  • Keroro
  • Kg Brantian Baru
  • Madie
  • Mas Mohd Yunus
  • Menteil
  • Metz
  • Persis Mutiara
  • Reben Merah
  • Saiful Nang
  • Shafik
  • Shueqry
  • WSPang Photography

Special Link

  • Floating Semporna
  • Jebat
  • Joomla Malaysia
  • MasterScript OtaiFM
  • PDRM Tawau
  • SK Titingan
  • SM Teknik Tawau
  • Tawau FM

Special TBU

  • Adry Sabry
  • Angriani World
  • Anne
  • Budihermawan
  • CSankai
  • Don
  • Eyda
  • friendly81
  • Junaidi
  • Lawa
  • Like a rose
  • Nonoi
  • Romzi
  • Sabrina
  • TAWAU BLOGGERS
  • Wilson
  • Wunabarakati

Tawau Alternatif Media

  • PBS Sri Tanjong
  • Pemuda PAS Tawau
  • YB Jimmy Wong
  • YB Pang Yuk Ming

Puadede.Com Online Sejak Jan 2008 | Proud To Be Tawau Bloggers Unity| Powered by WordPress.