Taman Bukit Tawau
Taman Bukit Tawau atau juga dikenali “Air Terjun Table” adalah antara destinasi pelancongan yang best di Tawau. Ahad lalu, aku berkesempatan ke sana, melepaskan penat kerja, serabut kepala di samping dapatlah meluangkan masa bersama-sama keluarga. Apa yang menarik di Taman Bukit Table ini adalah air terjunnya, hidupan flora dan faunanya yang terjaga rapi tanpa pencemaran. Dan kalau bertenaga, bolehlah jungle tracking ke Bukit Gelas yang air terjunnya jauh lebih tinggi dan juga kolam air panas yang sememangnya baik untuk mereka yang mengalami masalah kulit.
Apa yang best di Taman Bukit Tawau:
- Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Jungle tracking, hiking, jogging, buat penyelidikan tumbuhan hutan, saksikan sendiri antara pokok yang tertinggi di dunia, ada zon tumbuhan herba dan more coming soon. Tapi acara wajib adalah mandi di sungainya yang sejuk, fresh from old khatulistiwa jungle.





