Sepi Yang Sibuk

Menjelang hujung minggu ini, aku akan menyepikan diri. So tak ada posting buat beberapa waktu kerana aku sibuk.

Menjelang hujung minggu ini, aku akan menyepikan diri. So tak ada posting buat beberapa waktu kerana aku sibuk.

Selamat Hari Polis ke-201 kepada semua anggota Polis Di Raja Malaysia di seluruh negara. Pada hari polis kali ini, ada pembaharuan dilakukan iaitu lencana “Saya Anti Rasuah” tidak lagi digunakan tetapi akan terpampang lencana “Integriti Amalan Kita” .
Semoga PDRM terus cekap dalam mengawal keselamatan kita, amin….

Bikin panas… patutlah bil telefon, Astro, biz latter tidak sampai-sampai, rupa-rupanya ini kerja dorang. Macam mana kalau surat-surat penting ini dibuka orang lain atau dibuang dan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakannya sedangkan semua tahu, surat sedemikian semestinya mempunyai segala info penting, nombor akaun, nombor kad pengenalan dan sebagainya.
Ceritanya bermula begini… Sebelum naik tangga, aku tersempak dengan Posman dan aku senyum, dia pun senyum sebab dia tahu aku menyewa lot kedai di atas. Bila aku naik tangga, aku nampak ada kertas macam surat, diselit di celah kekisi tangga. Aku ingatkan sampah, atau promosi along, bila nampak, eh ini nama aku, suratku! Wallaney… patutlah surat aku berkurun lamanya tak sampai-sampai. Bila buat aduan, surat dah di kirim awal. Rupa-rupanya selama ini, surat-surat aku diletakkan di situ, bukannya di lot kedai yang aku sewa.
Sebelum ini ramai yang telah beritahu bahawa posman yang menghantar surat selalu silap hantar surat, ataupun simpan di tangga saja. Aku tak kisah sebelum ini sebab aku tak nampak sendiri apa yang posman buat. Tapi hari ini, sah memang mamat posman itu yang buat.

Aku masih ingat lagi masa kecil dulu, di tapak pasar inilah aku selalu duduk mencangkung menunggu mak aku membeli ikan. Yang nostalgia dan klasik mengenai pasar ikan lama itu adalah ianya pasar ikan atas air dengan jambatan yang licin dan berbau hanyir.
Pasar Tanjung Tawau sememangnya menjadi lokasi tumpuan, lebih-lebih lagi di musim perayaan. Mungkin tidak ramai yang mengetahui keunikan pasar ini.
Keunikan.

Waaa takut!. Tapi ini adalah antara resiko wanita hari ini. Di Malaysia, daripada 19 orang wanita, seorang akan mengidap kanser payudara. Risiko mendapat penyakit kanser meningkat dengan usia. Bagi wanita yang hidup sehingga usia 90 tahun kemungkinan mendapat kanser payudara sepanjang usiannya sekitar 12.5% atau 1 dari 8 orang. Lelaki turut diserang kanser payudara, walaupun risiko mereka adalah kurang daripada 1 dari 1000 (lihat seks dan penyakit). (Ha lelaki pun ada kena…)
Aku masih ingat, jiran sekampung beberapa bulan yang lalu meninggal dunia setelah 3 tahun mengidap kanser payu dara. Buah dada kirinya dipotong lebih awal dan akhirnya ia terus menderita hinggalah menghembus nafasnya yang terakhir.
Daripada beberapa laman web, beberapa info penting mengenai kanser payu dara aku muatkan di sini, untuk ingatan dan rujukan kepada diri sendiri, mahupun rakan-rakan yang lain.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
As-Sirri As Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”