Petang tadi aku dihubungi oleh seorang teman sekolah yang semakin melakar nama dalam kerjayanya. Sejak dulu lagi, teman ini aku anggap sebagai seorang pemikir yang boleh memimpin kerana dibawah kendaliannya, sekolah aku dulu terkenal dengan tata disiplinnya yang baik.
Dalam perbualan kami itu, terkandung satu khabar kurang enak kudengari. Ianya berkaitan dengan nasib 20 penuntut IPTA berasal dari Tawau yang diberhentikan pengajian kerana mereka dianggap bukan rakyat tempatan. Lebih buruk lagi, mereka ini diperlakukan sedemikian tanpa ada dokumen dari pihak IPTA itu.
Kemudian aku bertanya kenapa perkara sedemikian boleh berlaku, terlepas pandangkah mereka semasa proses di awal pendaftaran mereka dahulu? Aku juga sempat beranggapan, mungkin saja 20 pelajar ini mempunyai rekod disiplin yang buruk. Rupanya bukan itu jawapan pada kronologi penyudahannya.
Daripada 20 penuntut itu, 19 orang telah berjaya menyambungkan pengajian mereka selepas campurtangan seorang pemimpin dan peguam-peguam dengan pihak pengurusan IPTA itu. Seorang itu lagi kini masih dalam proses perbincangan.
Syukur alhamdulillah, nasib mereka terbela kerana mengadu kepada pemimpin yang memahami permasalahan mereka, berjuang tegas untuk membela nasib mereka. Tidak sampai di situ sahaja, hal ini juga dikatakan telah dibawa ke pengetahuan atasan IPTA tersebut sebagai peringatan tidak akan ada lagi pelajar diperlakukan sedemikian.
Comments
Powered by Facebook Comments









sdri penulis,
saya ada dengar jgk isu ni tempohari…hampir panas juga kawan-kawan kita di kk ni..dengar2 dorang dikasi berhenti pasal bukan bumiputra dan bugis. knp bah begitu? Senang2 buat kesimpulan nampak jak bugis terus kasi golong orang bukan bumiputra. bahaya tu tau.. latest aku dengar pihak u ambil balik dorang coz selepas pkbs jumpa pengarahnya. baru konon dorang faham. harap2 jangan berlaku lagi lah mcm ni akn dtg.
Reply
Assalam alaikum
Tuan maya dan Tuan-Tuan sekaliannya
Apa yang terjadi kepada 20 Penuntut IPTA Tawau itu, pada saya, sebenarnya isu yang sudah lama berlaku. Bukan sahaja bakal Penuntut IPTA, tetapi bakal pendidik dan lain-lain pun juga berhadapan dengan hal dan masalah yang serupa. Cara penyelesaian masalah ini pun mirip.
Asal bakal penuntut, pendidik, atau apa-apa pekerjaan “makan gaji” dengan kerajaan yang memerintah, berasal dari Sabah, sememangnya berhadapan dengan masalah sedemikian. Mujurlah pemimpin setempat dan mereka-mereka yang perihatin peka dan tampil menghulurkan bantuan.
Untuk mengelakkan masalah ini berulang bak “roda yang berputar” perlu ada keseragaman perundangan yang berkaitan dengan hak-hak individu sebagai rakyat Malaysia. Seseorang bakal penuntut IPT yang bapanya warganegara Malaysia, ibunya tidak, bakal penuntut itu tetap berwarganegara. Melainkan kita mengamalkan sistem adat Pepatih — nasab sebelah ibu.
Setiap IPT di seluruh Malaysia memiliki organisasi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Organisasi ini sebenarnya boleh memberi bantuan khidmat nasihat teknikal dan peraturan tentang apa, bagaimana yang perlu dilakukan (melalui laman web khas) apabila ingin bergelar penuntut IPT. Menjadi penuntut IPT pun sememangnya berhadapan dengan karenah pita merah — karenah birokrasi. Tapi malangnya fungsi MPP sempit. Di dalam tempurung. Tidak bersifat inklusif. Senantiasa ditekan dengan kongkongan (sebab itu saya tidak mempertahankan jawatan Presiden MPP).
Syabas kepada 19 Penuntut IPTA Tawau. Tuan-tuanlah bakal penerus komuniti intelektual daerah kelahiran saya — Tawau.
Adieu…
Reply