16

107 Hari Kapal Terkandas di Tawau

Semalam aku terkejut apabila Budi menceritakan satu berita mengenai sebuah kapal di pelabuhan Tawau ini hampir kebuluran kerana akan putus bekalan makanan.  Dalam kepalaku, sampai hati juga krew2 kapal itu tidak dibenarkan ke bandar tawau untuk membeli bekalan makanan.  Bukankah Tawau ini banyak makanan yang enak lagi murah…

Rupanya tanggapan aku salah kerana sebenarnya, krew kapal yang terkandas itu akan kehabisan bekalan makanan, air bersih dan minyak kapal kerana syarikat perkapalan mengarahkan mereka agar tidak meninggalkan perairan Tawau sejak Ogos lalu.  Lebih sedih lagi, gaji krew2 kapal itu belum dibayar sejak 5 bulan lalu lamanya, walaupun dijanji akan dibayar November lalu…

Wah, sandinya! Dekat setengah tahun tidak merasa duit gaji!  

Kapal sepanjang 89.93 meter dan seberat 3,097 tan yang telah disewa syarikat Petronas untuk mengangkut petrol ke Tawau itu khabarnya kini mengalami masalah paling genting kerana makanan mereka dan minyak untuk hidupkan bekalan elektrik dalam kapal cuma dapat bertahan 3 hari sahaja lagi.  

Harap-harap tindakan kelasi kapalnya, Mr Tin Zaw Aung, yang menghebahkan hal ini di Bernama, membuat laporan polis di PDRM Tawau, membuat aduan kepada Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia bakal menyelesaikan masalah mereka ini.

Siapa yang dapat bertahan dalam keadaan yang macam itu, kerja berjauhan dengan keluarga, syarikat tempat kerja itu pula “mendera” pekerja.  Kasihan…

Berita penuh mengenai kes ini yang dipetik dari Berita Harian yang sumber beritanya dari Bernama

Kapal tangki terkandas 107 hari, krew hampir kebuluran

TAWAU: Sekumpulan 15 krew sebuah kapal tangki yang berdaftar di Pelabuhan Klang, yang terkandas di Pelabuhan Tawau, dekat sini sejak Ogos lalu, mungkin kebuluran jika syarikat kapal berkenaan tidak mengambil tindakan segera membantu mereka. 

Ketua Pegawai yang juga pemangku kelasi kapal sepanjang 89.93 meter dan seberat 3,097 tan berkenaan, Tin Zaw Aung berkata mereka tiba dari Melaka awal Ogos lalu dan terkandas selama 107 hari selepas menurunkan muatan petrol di jeti pemunggahan di pelabuhan itu. 

Beliau berkata kapal yang disewa Petronas untuk mengangkut petrol ke Tawau tidak terus belayar balik ke Pelabuhan Klang atas arahan syarikat kapal itu. Tin enggan mendedahkan nama syarikat kapal itu.

“Bekalan makanan kami sekarang cuma boleh bertahan antara tiga atau empat hari lagi. Sumber bekalan air pula sebahagiannya daripada air hujan dan sebahagiannya kami terpaksa kami beli sendiri di Tawau menggunakan wang hasil kutipan daripada krew kapal. 

“Minyak kapal juga cuma boleh bertahan dalam tempoh tiga atau empat hari ini. Sebagai langkah penjimatan, kami cuma menghidupkan injin kapal pada waktu malam dan mematikannya pada waktu siang. 

“Sekiranya minyak kapal habis, sistem bekalan kuasa kapal ini juga akan lumpuh. Tidak ada elektrik, tidak boleh memasak malah alat telekomunikasi juga tidak dapat digunakan,” katanya di atas kapal itu di sini hari ini.

Tin mendakwa krew kapal yang terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, lapan warga Indonesia dan empat Myanmar juga tidak dibayar gaji sejak lima bulan yang bukan sahaja mendatang masalah kepada mereka tetapi juga keluarga di negara masing-masing. 

“Kami masih boleh bersabar apabila gaji kami lambat dibayar. Bagaimanapun, jika syarikat tidak memberi bekalan makanan dan petrol kepada kami bagaimana kami hendak bertahan untuk terus berlabuh di sini lebih lama,” katanya. 

Katanya beliau sudah beberapa kali menghubungi pihak syarikat perkapalan berkenaan mengenai masalah yang mereka hadapi namun sehingga ke hari ini, belum menerima maklum balas yang positif. 

“Kami menerima surat bertarikh 16 Oktober lalu yang memaklumkan bahawa pihak syarikat akan membayar gaji kami sebelum 30 November, namun sehingga sekarang gaji yang tertunggak sejak lima bulan lalu belum dibayar,” katanya.

Beliau juga telah menghubungi Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia untuk campur tangan dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. 

Tin mendakwa krew dua kapal tangki milik syarikat berkenaan juga kini terkandas di Sibu dan berdepan dengan masalah yang sama. 

Katanya beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Jabatan Laut Tawau dan Jabatan Imigresen berhubung perkara itu. – Bernama

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: Blog Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

16 Responses to "107 Hari Kapal Terkandas di Tawau"

  1. wis says:

    sian juga, kalo kapal mid express yg kenunukan ndak apa, boleh tunda sampai sebatik..hehehe

    Reply

  2. Budi says:

    theme ni macam facebook ba

    Reply

  3. Maya says:

    ringkas ringan bah budi

    Reply

  4. friendly says:

    tu bukan terkandas tu maya… mengikut info yang aku dapat dari kawan(surveyor), syarikat perkapalan tu masih ada hutang yang belum berbayar, tu pasal agent taknak bagi masuk. kapal tu sekarang betul2 ada kat depan jeti kitaorang nih…. dengar kata, kapten dia pulak sudah cabut lari ntah kemana…. yg tinggal hanya krew kapal tu saja…. yg peliknya kenapa petronas tu boleh sewa pulak kapal tu kalau ada hutang…
    cadangan aku: jual jak minyak kat dalam tangki tu kat mana-mana perahu nelayan yang lalu lalang disitu… hehe… dengar kata ada 500 metrik ton minyak petrol kat dalam tu… gred 1 lagi tuh…. adehhh….

    Reply

    Maya reply on December 24th, 2008 8:31 PM:

    bukan minyaknya sdh diambilkah? Dari info news tu sudah dorg kasi turun tu minyak…

    Bah snep bah pic kapal tu.. baru real

    Reply

  5. friendly says:

    memang sudah dorang discharge separuh… tu yang masih tinggal kat dalam tangki lagi tu… bah, besok aku snapkan ko gambarnya….

    Reply

    Maya reply on December 24th, 2008 8:37 PM:

    bah trus send email ya… puadede@gmail.com

    Reply

  6. friendly says:

    ok bah….. :)

    Reply

  7. MandarBlues says:

    nasib baik d jeti..kalau tengah2 laut macam mana la 2

    Reply

  8. tatai says:

    adei..susah jugak keja jadi nakhoda ni ah..silap ari bulan bleh lemas d lautan

    Reply

  9. Budi says:

    Kapal tangki terkandas 107 hari, krew hampir KEBULURAN <– tajuk paper tu ba yg gempak

    Reply

    Maya reply on December 26th, 2008 12:21 PM:

    Macamlah Tawau ni banyak makanan bah, murah2 lagik… mana boleh kebulur kalau di Tawau.

    Reply

  10. Aj says:

    Memang ah Petronas. hakikat syarikat tu memang teruk… sudah krismas ni… bayangkan kalau masa raya ndak beraya…

    Reply

  11. aku says:

    mana sumber beritanya…???

    Reply

    Maya reply on January 10th, 2009 7:06 PM:

    ada bah tu… tidak nampakkah?

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.